Amaran ribut petir di 6 negeri, Wilayah Persekutuan
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan enam negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 1 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan 9.45 pagi tadi memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah meliputi Padang Terap, Sik dan Baling; Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera).
Selain itu, amaran itu juga dikeluarkan untuk kawasan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).
Di Negeri Sembilan meliputi Jelebu, Seremban dan Jempol serta Sabah di kawasan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Kunak), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – Bernama, 21 Januari, 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan