Sabtu, 21 Januari 2023

PEGUAM NAJIB MULA BERGADUH SAMA SENDIRI



Zaid kecam Shafee berhubung kes Najib

Zaid Ibrahim mengecam kenyataan peguam Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah yang mendakwa beliau tidak cekap dalam mengendalikan kes bekas perdana menteri itu.

Zaid berkata ketidakcekapan Shafee mengakibatkan beberapa kelemahan dalam hujahan pembelaan terhadap anak guamnya dalam kes SRC International.

Firma guaman Zaid dilantik untuk menggantikan Shafee menjelang rayuan terakhir Najib di Mahkamah Persekutuan tahun lepas.

"Apabila seorang peguam bercakap kosong seperti ini dan berbohong, saya tidak fikir dia boleh melakukan kerja dengan baik. 

“Untuk mendapatkan keadilan anak guam anda, anda mesti menghormati kebenaran," kata Zaid.

Semalam, Shafee yang mewakili Najib bagi permohonan semakan kehakiman berhubung sabitan kes SRC membuat kritikan pedas terhadap firma guaman Zaid dalam mengendalikan kes itu. 

Beliau juga mendakwa firma guaman itu dilantik walaupun tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kes berkaitan jenayah.

Mengulas lanjut, Zaid berkata terdapat keadaan terdesak dalam kem Najib di tengah-tengah beberapa siri kelemahan dalam hujahan pembelaan di mahkamah, sambil menambah beliau kemudiannya mencadangkan kepada bekas presiden Umno itu supaya menyingkirkan Shafee.

"Shafee seorang ‘showman’, dia bukan seorang peguam yang baik. Tetapi sudah tentu dalam kerajaan orang buta, dia adalah raja," kata Zaid dalam video di Facebook.

Zaid berkata beliau tidak bersetuju dengan taktik pembelaan untuk menyerang hakim Nazlan Ghazali berhubung "konflik kepentingan", sambil berkata hakim Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Najib pada 2020 adalah seorang yang terkenal dengan integritinya.

Zaid berkata pasukannya sudah menjalankan tugas dengan baik semasa rayuan di Mahkamah Persekutuan.

“Kami melakukan yang terbaik dalam tempoh lima minggu itu. Jadi amat menyedihkan jika tuduhan Shafee semalam disokong Najib.

"Jika begitu, ia amat malang kerana kami melakukan segala-galanya untuknya."

KESIAN NAJIB

NAZAK SORANG

DIRI DALAM JIL

KAH KAH KAH

PEGUAM MULA

BERGADUH

SAMA SENDIRI

KAH KAH KAH

TUDUH MENUDUH

TAK BIJAK

BELA NAJIB

KAH KAH KAH

SEMUA NAK

REBUT HARTA

NAJIB YG MASIH

BERBILION

KHALAS

Tiada ulasan: