Khamis, 8 Jun 2023

INDUSTRI JUAL BUDAK



SPRM bongkar sindiket

 ‘palsukan’ sijil kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 12 individu termasuk dua pegawai agensi kerajaan, empat doktor perubatan swasta dan enam orang awam kerana dipercayai terlibat dalam memalsukan dokumen sijil lahir bagi mendaftarkan anak angkat sebagai anak kandung.

Menurut sumber, semua suspek dalam lingkungan usia 42 hingga 81 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang semalam dalam satu serbuan berasingan yang dilakukan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.

Tambah sumber, pemohon (orang awam) akan membayar wang rasuah sama ada secara peribadi atau menerusi orang tengah kepada doktor di klinik-klinik tertentu bagi mendapatkan surat pengesahan kelahiran yang palsu, di mana anak yang akan didaftarkan sebenarnya tidak dilahirkan di klinik tersebut.-

Difahamkan doktor tertentu akan menandatangani borang kelahiran bagi mengesahkan kelahiran pemohon di klinik berkenaan meskipun ianya tidak berlaku. 

“Kemudian dengan pengesahan tersebut pemohon atau orang tengah akan menguruskan pendaftaran kelahiran anak dan sekiranya terdapat keraguan pihak berkaitan akan memaklumkan kepada pemohon bahawa permohonan tidak dapat diproses dan perlu menunggu tindakan lanjut,” kata sumber. 

“Kaunter agensi kerajaan kemudian akan merujuk permohonan ini ke Bahagian Siasatan Khas untuk dibuka fail siasatan.”

Menurut sumber itu lagi, pemohon atau orang tengah kemudian akan cuba berurusan dengan pegawai agensi kerajaan bagi mendapatkan status permohonan dan sekiranya mereka ditolak atau disenaraihitamkan mereka akan menawarkan sejumlah wang rasuah kepada pegawai terlibat untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan itu.

Difahamkan jumlah bayaran rasuah yang diterima adalah antara RM2,000 hingga RM6,000 bagi setiap kes.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambah Azmi, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini kira-kira jam 8.30 pagi untuk urusan permohonan reman.

AWAS

INDUSTRI JUAL

BUDAK BERNILAI

34 BILION DOLAR

AMIN

TIDAK LAMA

LAGI BERITA

INDUSTRI INI

AKAN DIBONGKAR

AMIN

HOLYWOOD JADI

SARANG SEX BUDAK

AMIN

APAKAH YANG

BERLAKU INI

SEBAHAGIAN

DARI INDUSTR

SEX BUDAK ???

JENG JENG JENG

AMIN

Tiada ulasan: