Khamis, 8 Jun 2023

PANDANGAN JUJUR



Dominasi UMNO sudah berakhir, kena akur realiti politik semasa – perwakilan Wanita

KUALA LUMPUR – ‘Ukur baju di badan sendiri’, kata perwakilan Wanita UMNO dalam sesi perbahasan sayap itu, hari ini.

Menurut Mazlina Mohamed, UMNO perlu menerima hakikat bahawa dominasi parti tunjang orang Melayu itu kini sudah berakhir.

Malah tambah Mazlina, UMNO perlu akur akan realiti semasa yang dihadapi parti tersebut selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

“UMNO kini dalam keterbatasan memenuhi tuntutan rakyat dan ahli parti. Sebagai ahli dan orang parti, fasa dominasi UMNO sudah berakhir dan kita perlu belajar menerima realiti politik hari ini.

“Wanita UMNO menginsafi akan keberadaan kita semua dengan hanya tinggal 26 kerusi membataskan laras kuasa UMNO, sebagai parti yang tidak lagi dominan maka kita akur akan keperluan menghormati perjanjian dengan Kerajaan Perpaduan.

“Namun kita tetap teguh sebagai penjaga dan pemelihara kepada kepentingan Melayu Islam sebagai teras pembinaan negara ini,” katanya pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Justeru itu, beliau mengajak semua ahli parti bermuhasabah menerima realiti dengan kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan yang hanya memiliki 26 kerusi Parlimen.

Katanya, meskipun keberadaan UMNO pada situasi yang mempunyai had namun ia tidak akan membataskan peranan parti keramat itu dalam menjaga kepentingan Islam dan Melayu.


“Saya teringat akan kata kata Jack Ma seorang yang yang berpengaruh di dunia if you want to be succesfull , learn from other people mistake, don’t learn from succesfull stories. when this mistake come, you know how to deal with it.

“Maknanya apa? Maknanya apa yang boleh kita simpulkan kita tidak perlu menuding jari mencari siapa yang melakukan kesilapan tetapi kita perlu belajar dari kesilapan.

“Mengambil iktibar dari sikap tidak serius memenangi hati pengundi muda 18, maka bagaimana caranya supaya kita tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama di Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Negeri akan datang,” ujar Ketua Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota itu. – 

INI PANDANGAN

JUJUR

AMIN

WANITA INI

WAJIB JADI

PEMIMPIN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: