Isnin, 26 Jun 2023

KADIR JASIN SEKOLAHKAN ANWAR



Wartawan veteran ‘sekolahkan’ Anwar adab sebagai PM

Wartawan veteran A Kadir Jasin tampil mengkritik Anwar Ibrahim berhubung gurauan perdana menteri terhadap seorang pelajar Tingkatan 6 sewaktu satu sesi dialog dengan pelajar universiti, dengan mengatakan beliau mesti "serius tentang jawatan dan perwatakannya".

Anwar ketika hadir di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) pada Sabtu memuji pelajar perempuan berkenaan sebelum bergurau mengatakan akan meminta nombor telefonnya sekiranya beliau masih muda.

Gurauan itu mendapat kecaman daripada pengguna media sosial serta parti pembangkang, Bersatu.

Kadir dalam catatan di Facebook berkata bahawa kelakuan dan perangai Anwar sepatutnya sesuai sebagai seorang pemimpin negara. 

"Beliau tidak boleh berkelakuan seperti remaja yang malu atau 'meghenyeh' seperti bintang filem yang semakin tua," tambahnya. 

"Beliau adalah perdana menteri Madani pada zaman komunikasi terbuka dan spontan. Setiap perkataan, pergerakan dan gerak-gerinya sentiasa dirakam dan dikongsi."

Kadir menambah walaupun Anwar boleh membuat jenaka, ia sepatutnya "lucu dan menarik".

"Kita tidak mahu beliau menjadi bosan," katanya.

"Tetapi bergurau tentang bertanyakan nombor telefon kepada seorang remaja sekiranya masih muda adalah melampau.”

Sambil menambah bahawa humor adalah "sebuah seni", Kadir berkata humor yang gagal boleh bertukar menjadi "kurang sopan". 

"Ya, beberapa penganjur majlis yang terlalu teruja mungkin memujuknya untuk menari mengikut lagu Hindi kegemarannya, tetapi itu tidak bermakna beliau perlu bersemangat mengubah dirinya menjadi Shah Rukh Khan. 

"Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Abdul Razak Hussein juga 'berjoget'. Lee Kuan juga. Tetapi mereka melakukannya dengan penuh berbudi bahasa dan kesantunan."

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

KADIR JASIN

TAK BIJAK BACA

KAH KAH KAH

INI GAME ANWAR

NAK BUKTI

DIA MINAT PADA

MINAH CUN

BUKAN 

MAMAT JAMBU

KAH KAH KAH 

NAK PADAM KEMPEN TALIBAN YANG 

KATA ANWAR 

PRO LGBT

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bang nom elok ikut jejak kj... Tp bukan jd Dj, tp jadi pelawak singapore... Sana ada bnyk tempat utk politik kembangkan bakat... dah pencen nnti gi apply...

Tanpa Nama berkata...

Koboi tua dah tak ada bende nak tembak. Susah cari makan lani sbb Sherif Lobo dah hilang deposit kih kih kih.