Selasa, 25 Julai 2023

BELAJAR BUAT BOM DARI INTERNET


Kes Siti Kasim: Suspek dipercayai pelajari cara buat bom di internet

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan suspek yang memasang dua botol plastik disyaki bahan letupan termampat (IED) di bahagian bawah kereta milik peguam Siti Kasim Jumaat lepas mempelajari teknik membuat bahan letupan itu menerusi Internet.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata andaian itu berdasarkan soal siasat yang dijalankan sebelum ini terhadap suspek kes letupan bungkusan di hadapan sebuat restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, Disember lepas yang mengaku mempelajari pembuatan IED di Internet.

“PDRM masih menjalankan siasatan motif pemasangan IED (pada kenderaan Siti Kasim) itu, bila bahan itu dipasang dan siapa suspek yang terlibat kes berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari tempat kejadian bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab meletakkan bahan letupan berkenaan di bawah kenderaan Siti Kasim.

Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam kenyataan memaklumkan setakat ini sembilan saksi dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada Jumaat lepas Siti Kasim membuat laporan polis berhubung penemuan dua botol plastik menyerupai bahan letupan yang diletakkan di brek bahagian tayar belakang kereta jenis Toyota Celica milik peguam dan aktivis sosial itu.

Siti Kasim menyedari objek tersebut ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis kereta di Jalan Maarof, kira-kira 12 tengah hari. – Bernama, 24 Julai, 2023.

INTERNET ADA

PELBAGI ILMU

AMIN

SEPERTI SEMUA

PEKARA DALAM

DUNIA INI

TERBAGI DUA

AMIN

ADA ILMU BAWA

KEBAIKKAN

AMIN

ADA ILMU BAWA

KEJAHATAN

AMIN

PILIHLAH ILMU

YANG BAWA 

KEBAJIKAN PADA

UMAT MANUSIA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: