Selasa, 25 Julai 2023

MEI13 TERUS JADI SENJATA


Peguam sudah serah bukti kaitan Kit Siang dengan 13 Mei – Annuar

KUALA LUMPUR – Peguam Pengerusi Muafakat Nasional (MN),Annuar Musa telah menyerahkan bukti yang mengaitkan veteran DAP, Lim Kit Siang dengan Peristiwa 13 Mei.

Annuar yang kini ahli Pas berkata, peguamnya telah menyerahkan jawapan balas pada 21 Julai lalu terhadap tindakan saman yang dikemukakan Kit Siang.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu bertegas tidak akan meminta maaf kepada Kit Siang selepas mengaitkan pemimpin DAP itu dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Tambah bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, Kit Siang hanya bermimpi sekiranya menunggu ucapan mohon maaf daripada beliau.

Annuar bertegas, Kit Siang yang sepatutnya meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan beliau sebelum ini.

“Dia berangan-angan bahawa saya akan memohon maaf atas kenyataan saya yang merupakan fakta yang terdapat dalam pelbagai tulisan, hansard Parlimen dan rekod keselamatan.

“Saya tidak perlu memohon maaf kepada Tan Sri Lim Kit Siang dan malah beliaulah yang perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala ungkapannya yang sering menyinggung perasaan dan sentimen orang Melayu dan kaum bumiputera. Apakah beliau bermimpi?” soal Annuar.

Dalam kenyataan hari ini, Annuar mengalu-alukan tindakan saman yang diambil bekas Setiausaha Agung dan Pengerusi DAP itu.

Pada Sabtu lalu, Kit Siang telah mengarahkan peguamnya meneruskan saman fitnah terhadap Annuar.

Beliau turut mengarahkan peguam supaya tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada bekas Ahli Parlimen Ketereh berkenaan sebaliknya meminta pembayaran ganti rugi.

Kit Siang memberi amaran untuk menyaman Annuar sejak 9 Julai lalu setelah mendakwa dirinya terlibat dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu sebelum ini berulangkali menafikan terlibat dalam tragedi berdarah tersebut.

TRAJEDI MEI13

AKAN TERUS JADI

SENJATA

AMIN

POLITIKUS MELAYU

POLITIKUS CHINA

AKAN GUNAKAN

MEI13 UNTUK

PANCING UNDI

AMIN

SELAGI EKONOMI

BERAT SEBELAH

KESAH MEI13

AKAN TERUS SEGAR

KHALAS

Tiada ulasan: