Isnin, 28 Ogos 2023

ANAK MUDA SOKONG PN



Pengundi muda tidak semestinya progresif, kata ahli akademik

PENGUNDI muda cenderung menjadi anti golongan berkuasa tetapi ia tidak bermakna mereka tidak boleh menjadi konservatif dan menyokong parti seperti PAS dan Bersatu, kata seorang ahli akademik yang menjalankan kajian mengenai “memahami tingkah laku pengundi baharu”.

Dr Abdul Muqit Muhammad dari Universiti Malaya berkata, itulah sebabnya ramai pengundi muda memilih untuk mengundi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan pada pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

“Ia juga tidak berasas untuk mengatakan pengundi muda lebih progresif, mereka boleh jadi anti golongan berkuasa tetapi ia tidak bermakna mereka progresif.

“Mereka anti golongan berkuasa tetapi konservatif,” kata Muqit sambil menambah trend itu ditemui buat kali pertama pada PRU15 November lalu.


Muqit berkata demikian pada forum anjuran Ilham Centre mengenai PRN di enam negeri baru-baru ini.

Tinjauan Ilham Centre mendapati pengundi muda Melayu menyumbang kepada kemenangan besar PN di Kedah, Kelantan dan Terengganu dalam PRN dua minggu lalu.

Selain pengundi muda, anggota tentera, pegawai polis dan guru juga memilih PN.

Pada November 2021, Malaysia menurunkan kadar umur mengundi kepada 18 tahun dan sistem Pendaftaran Pemilih Automatik (AVR) dikuatkuasakan.

Ia membawa harapan “tsunami belia” yang akan membawa Malaysia jauh daripada parti perkauman seperti Umno ke arah parti berbilang kaum seperti PKR.

Bagaimanapun, golongan belia juga mengikuti generasi terdahulu dalam menyokong parti mono-agama seperti PAS.

Kajian yang dijalankan oleh Institut Yusof Ishak mendapati 62% pengundi muda membaca berita politik beberapa kali seminggu tetapi menilai diri mereka rendah terhadap kesedaran politik.

Tinjauan itu juga merumuskan Umno kehilangan sokongan peneroka Felda dan kampung tradisi Melayu, yang turut menyaksikan pertukaran undi daripada Barisan Nasional (BN) kepada PN.

Muqit berkata, belia di kawasan majoriti Melayu cenderung lebih sentimental dan banyak dipengaruhi oleh ibu bapa mereka.

Beliau menambah pengundi muda tertarik kepada institusi komunal, seperti parti politik seperti Umno.

“Jenama politik mereka masih berkisar pada populisme Melayu, yang diperkuatkan dengan naratif, kadang-kadang suka-suka, dalam media sosial peristiwa sejarah popular dan sejarah pseudo,” katanya.

“Apabila Umno mula hilang relevannya, pemuda beralih kepada PAS dan Bersatu, dua parti Melayu dalam PN.”

Mengenai trend media sosial, beliau berkata pengundi muda lebih aktif di platform ini dan ia diambil kesempatan oleh PAS.

Beliau berkata sayap pemuda PAS menggunakan TikTok seawal 2016 apabila platform itu masih dianggap tidak sesuai oleh orang tua parti kerana kandungannya.

“Kini TikTok adalah alat yang berkesan untuk PN terutamanya PAS kerana mereka berjaya memperoleh ramai pengikut melalui aplikasi itu,” kata Muqit. – 28 Ogos, 2023.

WOIT

SOKONG KERAJAAN

TIDAK DI LIHAT COOL

KAH KAH KAH

SOKONG MADANI

DI LIHAT POYO

KAH KAH KAH

ANAK MUDA

ASKAR POLIS

PENJAWAT AWAM

SEMUA LARI

DARI MADANON

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Madanon nak lurus betul ikut garisan, anak muda tak suka garisan lurus, polis tentera tak suka garisan lurus? Siapa betul siapa salah? Banding tengok zaman reformasi dengan sekarang? Anak muda manja sangat, stylo milo nak Starbuck nak KFC nak cool nak lepak nak free semua ibu bapa tanggung sampai master kah kah kah bukan zaman dulu susah kena kerja kena cari duit belajar sekarang semua nak duduk air conditioner tak mahu peluh tak mahu susah mahu I phone mahu app kah kah kah siapa menang app menang orang muda kah kah kah madanon kacau hidup cari makan kacau sini kacau sana hidup susah hutang banyak kah kah kah semua nak brim nak top up free nak semua free tanpa usaha kah kah kah