Isnin, 28 Ogos 2023

HADI BERKHAYAL ATAU ANGAN ANGAN


Hadi sekali lagi dakwa kerajaan perpaduan boleh tumbang bila-bila masa

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang sekali lagi ulangi dakwaan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh tumbang pada bila-bila masa.

Keputusan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada 9 September ini jika memberangsangkan boleh menjadi pencetus kepada perubahan dalam kerajaan persekutuan, katanya kepada pemberita di markas PAS Pulai malam tadi.

“Ada yang dakwa PRK Pulai ini tak jadi apa sebab pilihan raya kecil saja.

“Namun ia sebenarnya ada makna besar sebab ahli Parlimen yang menang nanti akan bercakap bagi pihak kita di Parlimen.

“Apatah lagi PN memiliki jumlah kerusi agak besar di Parlimen… kerajaan boleh berubah bila-bila masa sahaja. Kita memerlukan tambahan kerusi ini untuk banyak lagi… dan kita harap bersabar,” kata Hadi, seperti dipetik Malaysiakini.

Dakwaan serupa dibuat ahli Parlimen Marang itu menjelang enam pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Pada 7 Ogos lalu, Hadi mendakwa kemenangan PN dalam PRN di enam negeri – Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan – akan membolehkan berlaku perubahan dalam kerajaan persekutuan.

PN berjaya mengekalkan kuasa di Kedah, Kelantan dan Terengganu, serta menambah kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Kerajaan perpaduan pimpinan Anwar ketika ini mendapat sokongan 147 ahli Parlimen.

PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas. – 28 Ogos 2023.

WOIT

HADI NI MIMPI

ATAU KHAYAL

KAH KAH KAH

HADI ISAP

ROKOK DAUN

APA ?

KAH KAH KAH

MIMPI KHAYAL

BUKAN JENAYAH

KAH KAH KAH

ISAP ROKOK DAUN

POLIS TAK TANGKAP 

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: