Jumaat, 11 Ogos 2023

BN TOLAK DAP


Penyokong BN sukar undi calon Pakatan kerana DAP, kata Ilham Centre

FAKTOR DAP berada dalam kerajaan perpaduan menyukarkan penyokong Barisan Nasional (BN) mengundi calon Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) esok, menurut tinjauan Ilham Center.

Menurut badan pemikir itu, faktor itu antara tiga angkubah utama yang mempengaruhi keputusan yang bakal diperolehi.

“Penyokong PH tidak mempunyai masalah untuk mereka memindahkan undi mereka di DUN yang ditandingi BN. 

“Sebaliknya pula berlaku di DUN PH bertanding. Ahli Umno atau penyokong BN kelihatan canggung untuk menyokong PH. 

“Dua puluh tujuh peratus (27%) dan ke atas menyatakan sukar untuk mereka memangkah logo PH kerana faktor DAP,” kata Ilham Center dalam laporan yang dikeluarkan hari ini.

PH dan BN bergabung membentuk kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu atas titah dan nasihat Yang di-Pertuan Agong Agong berikutan keputusan PRU15 menyaksikan Parlimen tergantung apabila tiada parti memperoleh sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Enam negeri – Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu – akan mengadakan PRN esok. – 11 Ogos 2023.

MUSUH

BERMUSUH

TERUS JADI

MUSUH

AMIN

BERI MASA

UNTUK BERKAWAN

KHALAS

Tiada ulasan: