Jumaat, 11 Ogos 2023

RAYUAN NAJIB DI TOLAK



Rayuan Najib gugurkan 2 peguam Tommy Thomas ditolak


NAJIB Razak gagal dalam rayuannya hari ini untuk menggugurkan dua peguam Tetuan Tommy Thomas daripada mewakili bekas peguam negara Tommy Thomas dalam kes saman RM1.9 juta yang dikemukakan oleh bekas perdana menteri itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hanipah Farikullah, Azimah Omar dan Azhahari Kamal Ramli sebulat suara menolak rayuan Najib untuk menggugurkan Alan Adrian Gomez dan Mervyn Lai Wei Shiung daripada mewakili Thomas.

Hakim Hanipah berkata tiada kaitan antara kedua-dua peguam cara itu dan punca tindakan Najib dalam saman tersebut.

“Kedua-dua peguam cara itu akan dapat mengekalkan kebebasan profesional mereka dan bertindak demi kepentingan terbaik pentadbiran keadilan,” katanya.

Hakim Hanipah berkata mahkamah mendapati tiada kesilapan yang membolehkan rayuan berhubung keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Najib pada 19 Ogos tahun lepas untuk melucutkan kelayakan peguam itu, yang merupakan rakan kongsi dalam Tetuan Tommy Thomas, daripada mewakili Thomas dalam saman Najib.

Najib, 70, menyaman Thomas, memohon pengisytiharan yang Thomas melakukan misfeasans dalam jawatan awam berhubung tuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya.

Beliau juga menuntut RM1.9 juta sebagai ganti rugi, termasuk yuran perundingan untuk pasukan audit menyemak dokumentasi bagi penyediaan fakta untuk menghadapi dakwaan terhadapnya. 

Najib menyaman Thomas dengan mendakwa dituduh di mahkamah dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Bekas ahli Parlimen Pekan itu mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah yang dirancang lebih awal oleh Thomas.

Pada 25 November tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Thomas untuk membatalkan saman yang difailkan terhadapnya (Thomas). Rayuan Najib untuk mengembalikan semula saman akan didengar pada 4 Oktober ini.

Peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Najib manakala Gomez dan Lai bertindak bagi pihak Thomas. – Bernama, 11 Ogos, 2023.

WOIT

NAJIB NI

ADA BERAPA KES

KAH KAH KAH

TAK HABIS

 HABIS

AMIN

ATAU INI

CARA NAJIB

NAK KELUAR 

DARI SEL DAN

JUMPA BINI MUDA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: