Jumaat, 11 Ogos 2023

SANUSI IKON BARU


Kontroversi Sanusi tidak jejas populariti dan kempen Perikatan di Kedah

KONTROVERSI yang melanda penyandang menteri besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor tidak akan menjejaskan kempen Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) di negeri itu mahupun pengaruh pemimpin tersebut, kata penganalisis politik.

Mereka berkata jika ada kesan sekalipun ia terlalu kecil dan hanya kepada golongan pengundi atas pagar saja.

Penanalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Sivamurugan Pandian berkata kontroversi yang menghimpit Sanusi akan membawa kepada dua tanggapan daripada pengundi iaitu mereka yang simpati terhadap pemimpin atau yang mengalihkan sokongan kerana merasakan isu itu benar.

“Saya rasa kesannya ada tapi tidaklah sampai menjejaskan populariti beliau, kerana ada sebahagian bertanggapan ia modal kempen sewaktu pilihan raya dan mungkin pemimpin boleh meraih simpati.

“Tapi di pihak yang satu lagi mungkin mereka rasa isu itu ada kebenaran dan mungkin akan menyokong calon Barisan Nasional (BN),” katanya kepada The Malaysian Insight.

Mengulas lanjut berkata sukar untuk menjangkakan momentum kempen PN di negeri itu ketika ini kerana sokongan kepada Sanusi dan parti itu mungkin tidak akan terjejas kepada pengundi tegar mereka.

Bagaimanapun katanya, yang menjadi penentu dalam PRN di Kedah sudah tentu bagi kelompok pengundi tengah dan pengundi kali pertama yang kecederungan mereka sukar dibaca.

“Jadi bila timbul isu ini perlu diuruskan persespi dengan baik, mungkin penyokong PAS tak akan berubah kerana mereka beranggapan ia adalah bahan kempen.

“Tapi atas pagar ini, mungkin persepsi mereka semakin membesar di semua enam negeri memandangkan kelompok ini lah yang bakal menentukan pihak mana yang menang.

Beliau berkata banyak faktor yang akan mempengaruhi sokongan pengundi atas pagar di mana terdapat kemungkinan kerana isu itu mereka tidak mahu balik atau keluar mengundi.

“Ini terutamanya apabila corak pengundi atas pagar ini boleh berubah dalam tempoh 72 jam bahkan pada saat terakhir golongan ini boleh mengubah keputusan mereka,” katanya.

Bagaimanapun penganalisis politik itu mengakui Sanusi sememangnya antara figura popular.

“Selalunya kita tengok akan timbul personaliti tertentu yang perlu dilumpuhkan supaya dalam pasca pilihan raya personaliti itu tidak bergerak secara aktif.

“Ia berlaku dalam mana-mana parti sekalipun wujud figura popular yang perlu dihentikan supaya tidak terus menarik sokongan,” katanya.

Bulan lalu, Sanusi didakwa atas dua pertuduhan membuat kenyataan hasutan berhadap institusi diraja susulan ucapannya ketika berceramah di Gombak.

Beliau juga bakal berdepan saman antaranya daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim selain penyandang menteri besar Selangor Amirudin Shari dan pengasas Kumpulan Berjaya Vincent Tan berhubung dakwaan skandal pembangunan Sungai Klang.

Sepanjang tempoh PRN, Sanusi hebat ditekan dengan isu unsur nadir bumi (REE) dan ia menyaksikan polemik dan berbalas kenyataan  antara pemimpin itu dengan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail yang tidak berkesudahan.

Saifuddin mengkritik kepimpinan Sanusi di Kedah terutama dakwaan pemimpin itu membenarkan kecurian hasil bumi itu di Bukit Enggang.

Setiausaha agung PKR itu mengaitkan dengan isu penyeludupan manusia membawa masuk pekerja dari China untuk menyeludup keluar REE.

Saifuddin berkata skandal itu bukan sahaja menunjukkan kegagalan Sanusi dalam mentadbir negeri malah ia memberi kesan menjejaskan reputasi.

Seterusnya pemimpin Pakatan Harapan itu juga menunjukkan bukti mengaitkan Sanusi dengan skandal REE itu apabila mendedahkan gambar ahli perniagaan dari China yan digelar So Loi Fat.

Pada masa sama Sanusi turut membuat pendedahan apabila mendakwa Anwar membawa seorang taikun dari Indonesia ke negeri itu bagi mendapat lesen pelombongan REE.

Dakwaan itu dilakukan dalam kempen PN di mana beliau mendakwa taikun tersebut ada menawarkan hadiah kepadanya namun ditolak kerana bimbang terkait dengan perbuatan rasuah.

Skandal REE kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan beberapa exco negeri dipanggil untuk siasatan termasuk menahan tiga individu  daripada Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Biarpun Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata akan memanggil Sanusi namun setakat hari ini pemimpin PAS itu masih belum dipanggil.

Sementara itu, penganalisis politik USM Ismail Tayeb turut senada berkata kontroversi REE tidak akan memberi kesan kepada kempen PN di Kedah.

Bagaimanapun, beliau berkata sukar untuk menjangkakan kontroversi itu akan menyebabkan sokongan Sanusi itu mungkin akan berkurang atau semakin bertambah.

“Susah kita nak jangka. Tapi untuk Kedah isunya yang menjadi perhatian rakyat masih lagi isu inflasi, subsidi kerajaan dan pekerjaan.

“Ini isu yang paling penting bagi pengundi Kedah,” katanya. – 11 Ogos, 2023.




WOIT

ANAK MUDA

MELIHAT NUSI

INI COOL

KAH KAH KAH

BERANI LAWAN

SAPA SAJA

KAH KAH KAH

BUKAN KAKI

BODEK JILAT

TOWKAY

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: