Selasa, 1 Ogos 2023

LAGI KES ZAHID



Zahid tak pecat bekas pembantu meskipun menuduhnya cuai, mahkamah diberitahu


Pegawai khas kepada Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata timbalan perdana menteri tidak pernah memecat setiausaha eksekutifnya meskipun menyalahkannya kerana cuai, termasuk dalam penggunaan cop bagi cek Yayasan Akalbudi untuk membayar bil kad kredit peribadinya.

Saksi pembelaan Mohd Kamal Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi yang mendengar kes rasuah Zahid dikaitkan dengan yayasan kebajikan itu bahawa Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, yang merupakan setiausaha eksekutif ketika Zahid mengetuai pelbagai kementerian di bawah pentadbiran Barisan Nasional, terdedah kepada melakukan kesilapan termasuk ketika mengatur jadual harian bosnya.

Antara kecuaian itu, kata Kamal, ialah apabila Mazlina menggunakan cop tandatangan Zahid untuk cek Yayasan Akalbudi, bagi membayar bil kad kredit peribadinya. 

Kamal berkata walaupun Zahid menasihati Mazlina supaya lebih cermat, beliau tidak mengambil tindakan menamatkan perkhidmatannya.

Beliau berkata Zahid sebaliknya melantik firma guaman Lewis & Co untuk menguruskan dana Yayasan Akalbudi.

Kamal seterusnya mendakwa Zahid tidak menyedari wang yayasan itu digunakan untuk membayar bil kad kreditnya. 

Zahid berdepan 47 pertuduhan: 12 pecah amanah (CBT), lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. 

Antara pertuduhan CBT ialah beliau didakwa menjelaskan hutang kad kreditnya menggunakan dana Yayasan Akalbudi, melalui 44 keping cek berjumlah kira-kira RM1.3 juta antara Januari 2013 dan Disember 2016. 

Tahun lepas, Zahid menyalahkan Mazlina, dengan mengatakan beliau tidak tahu bahawa cek yayasan itu digunakan untuk membayar bil kad kreditnya, dan menuduhnya cuai. 

Antara lain, Zahid berkata Mazlina telah membuat pembayaran sama ada tidak mencukupi atau berlebihan untuk bil kad kreditnya.

“Kesalahan yang dibuat oleh Mazlina termasuk membuat bayaran kad kredit secara berlebihan sebanyak RM71,283 sedangkan jumlah yang perlu dibayar adalah RM65,153.32. Selain itu dia (Mazlina) terkurang menjelaskan bil kad kredit dan hanya membayar RM2,600, walhal dia sepatutnya membayar RM64,668.24,” katanya.

Zahid berkata, beliau tidak faham mengapa Mazlina membuat bayaran sedemikian.

“Inilah yang saya tak faham, kenapa bayar lebih dan kadang-kadang bayar kurang, ertinya ini cuai, yang kena saya. Adakah ini satu keadilan?” soal Zahid.

Pada 2021, pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa kira-kira RM17.9 juta daripada Yayasan Akalbudi telah dikeluarkan oleh Zahid, sambil menambah bahawa dana itu antara lain memudahkan anak perempuannya untuk membida bagi membeli sebuah hotel butik di Bali, Indonesia. 

Pihak pendakwaan juga mencabar dakwaan Zahid bahawa Mazlina mempunyai kawalan penuh ke atas buku cek itu, dan berkata beliau secara sedar memilih untuk menggunakan dana Yayasan Akalbudi bagi membayar pembayaran kad kredit peribadinya, polisi insurans motor dan cukai jalan serta tidak menggunakan akaun bank peribadinya sendiri.

“Mejar Mazlina Mazlan dalam kenyataannya menyebut cek terbabit disediakan atas arahan dan pengetahuan tertuduh,” kata Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran memberitahu perbicaraan pada Oktober 2021.

Sementara itu, Kamal hari ini berkata Zahid turut menyumbang wangnya sendiri kepada yayasan itu.

Kamal bagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai butiran mengenai perkara ini.

WOIT

INI KES MANA?

KAH KAH KAH

ZAHID ADA

BERAPA KES ?

KAH KAH KAH

YG 47 TUDUHAN

MINTA DI LUPUS

AMIN

YANG INI KES VISA PEDAKWA RAYU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: