Selasa, 1 Ogos 2023

SAPA KENAL MUKA MB KELANTAN ?


Tiada bayangan siapa akan jadi menteri besar Kelantan

PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi menteri besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.

Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata setakat ini, pihaknya menumpu perhatian untuk berdepan pada PRN dan perkara berkenaan akan diputuskan dan disusun dengan terbaik selepas pilihan raya tersebut.

“Buat masa sekarang kita buka kepada rakyat dahulu untuk memilih calon (PRN) dan calon perlu mendapatkan keputusan dahulu (undi), dalam masa beberapa hari (selepas PRN) kita akan umum mereka yang layak.

“Tidak perlu bayangan siapa akan jadi calon, sebab semua layak (untuk jadi Menteri Besar). Exco layak, MB layak dan semua layak, tidak ada yang tak layak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas hadir merasmikan Majlis Pelancaran E-Wallet Kelantan Pay di Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, dan Teknologi negeri Mohamed Fadzli Hassan. 

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob, yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, menyatakan pencalonannya dalam PRN kali ini merupakan kali yang terakhir.

Ahmad berkata pencalonannya sebagai calon DUN Pasir Pekan itu memasuki penggal ketujuh dan sudah tiba masanya memberi laluan kepada calon lain yang lebih muda selepas ini.

Sementara itu, mengulas mengenai E-Wallet Kelantan Pay, Ahmad berkata penggunaan aplikasi itu diwujudkan bagi memudahkan proses dan mempelbagaikan kaedah pembayaran bagi orang awam, dan secara tidak langsung dapat meningkatkan perolehan serta kutipan hasil agensi negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Setakat ini beberapa agensi negeri dan PBT akan menggunakannya untuk menerima bayaran, termasuk Air Kelantan Sdn Bhd, Majlis Agama Islam Kelantan, Majlis Daerah, Yayasan Islam Kelantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dan beberapa PBT lain yang dalam proses.

“Dengan adanya aplikasi ini, diharap lebih ramai rakyat Kelantan dapat memanfaatkannya untuk pelbagai tujuan, bukan sahaja bagi bayaran perkhidmatan kerajaan tetapi pembelian secara dalam talian, pembelian di restoran dan sebagainya,” katanya. – Bernama, 1 Ogos, 2023.

WOIT

SATU MALAYSIA

TAK PERNAH

LIHAT MUKA MB

KAH KAH KAH

GANTI YG BARU

PUN RAKYAT

TAK TAHU

KAH KAH KAH

TERSEPAK TEPI

JALAN SAPA PUN

TAK KENAL

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: