Peratusan keluar mengundi rendah di Pulai kerana cuaca, kata pengerusi SPR
BILANGAN pengundi yang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai agak rendah berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh.
Abdul Ghani berkata setakat pukul 11 pagi ini, hanya 19% pengundi direkodkan telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk Parlimen Pulai, manakala di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pula 26%.
Bagaimanapun, katanya proses pengundian di kedua-dua PRK itu berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan berharap sasaran lebih 70% keluar mengundi tercapai.
“Setakat ini, kita lihat kebanyakan pengundi yang keluar mengundi adalah di saluran satu, dua dan tiga pada pagi ini. Mungkin, orang muda ambil masa sedikit dengan mengundi pada sebelah petang nanti,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, di Johor Bahru hari ini.
Abdul Ghani turut menyeru pengundi yang layak agar keluar menunaikan tanggungjawab mereka, memandangkan keadaan cuaca terutama di Pulai bertambah baik dengan mendung selepas hujan lebat sekitar 9.30 pagi tadi.
Terdahulu tinjauan Bernama mendapati, biarpun hujan lebat di beberapa kawasan di Parlimen Pulai termasuk pusat mengundi SMK Taman Bukit Indah, namun dengan berpayung, pengundi tetap keluar melaksanakan tanggungjawab mereka.
Seramai 205,810 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram hari ini, dengan 165,509 pemilih merupakan mengundi bagi Parlimen Pulai, sementara DUN Simpang Jeram melibatkan 40,301 pengundi.
Terdapat sebanyak 47 pusat mengundi membabitkan 294 saluran di Parlimen Pulai, manakala DUN Simpang Jeram pula sebanyak 14 pusat mengundi dengan 68 saluran.– Bernama, 9 September, 2023.
2 ulasan:
Nak bagi tahu TT, kedua menang oleh PH, gelombang hijau tak laku di tempat orang cerdik, tempat maju nak air bersih, tempat hijau maharaja lela masih di pendalaman suka komidi suka lawak jenaka suka free show, suka tonton gusti WWF kah kah ini budaya orang kampung, satu kopi o tengok WWF kah kah siapa ingat zaman itu KL lagi, lagi satu cerita molek Hindustan, pasti rakyat Kelantan suka cerita Hindustan nak tengok ladki cantik bergaya mengiurkan seksi kah kah kah jangan nafikan hak orang kita biar lah mereka selesa dengan teh tarik, kopi o, cerita Hindustan, WWF akhirnya sampailah ke syurga amin kah kah kah

Catat Ulasan