Sabtu, 9 September 2023

JANGAN MAKAAN IKAN LAUT


Pelepasan air sisa rawatan nuklear Fukushima bimbangkan pelancong Malaysia

PELEPASAN air sisa terawat dari tapak kilang nuklear Fukushima ke dalam Lautan Pasifik memberi kesan kepada sektor pelancongan Jepun dengan hampir 10% pelancong Malaysia membatalkan pelan lawatan mereka. 

“Minat kepada pelancongan Jepun menurun sedikit,” kata satu sumber industri kepada The Malaysian Insight selepas Jepun pada bulan lepas mula melepaskan air sisa rawatan radioaktif kilang nuklear yang rosak itu, 12 tahun selepas tragedi yang menimpanya.

Pengarah Urusan Apple Vacation & Conventions Sdn Bdh Koh San berkata syarikatnya menerima hampir 600 pertanyaan sebaik sahaja Jepun mengumumkan pelan itu.

“Mereka (Pelancong) kebanyakannya bertanya jika Jepun masih selamat dengan pelepasan air sisa rawatan dan sama ada mereka perlu mengelak daripada memakan makanan laut apabila berada di sana.

“Mereka juga bertanya sama ada mereka boleh menukar menu kepada tanpa makanan laut. Ada yang memang takut pula terus membatalkan pelan melancong sama sekali.

“Kami cuba memastikan mereka yang menelefon yang ianya selamat dan sektor pelancongan Jepun beroperasi seperti tiada apa yang berlaku.”

Tambah Koh San lagi, ada juga pelancong yang memilih menukar destinasi pelancongan mereka.

Jelasnya apa yang menakutkan pelancong Malaysia yang sudah menempah pakej melancong ke Jepun adalah reaksi dari China.

“Pelbagai laporan berita dari China membuatkan orang merasakan Jepun tidak selamat.”

Bagaimanapun beliau percaya yang ketidakpastian dan kekeliruan sekarang hanyalah bersifat sementara.

“Lama-lama bila orang mempunyai pemahaman lebih baik tentang isu air sisa rawatan nuklear, mereka tidak lagi akan histeria,” katanya. – 9 September, 2023.

UNTUK SELAMAT

AGAK MUDAH

AMIN

JANGAN MAKAN

IKAN LAUT

AMIN

MAKAN IKAN

KOLAM

AMIN

IKAN SUNGAI

LEBIH SELAMAT

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dulu lu kata vaksin itu vaksin ini tapi lu orang pertama cucuk.. skang lu hasut orang jangan makan ikan... woi baik lu hasut pecat nik nazmi.. kah kah kah

Amier The Hero berkata...

Kalau makan ikan laut, sudah eh akan jadi zombie. Jadi eh.. tt buleh la jual ikan² talapia kek kolam tu lopeh ni.