Sabtu, 16 September 2023

REFORMATI !!!


REFORMATI !!!

KHALAS



Selepas sejam, protes Selamatkan Malaysia bersurai


DESAKAN supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim berundur dan laungan “Reformati” kedengaran di perhimpunan dianjurkan Perikatan Nasional di ibu kota hari ini.

Perhimpunan di hadapan Sogo itu berlangsung hampir sejam sebelum khalayak bersurai.

Ahli Bersatu Mohamad Shafiq Abdul Halim berkata dia kecewa dengan pentadbiran Anwar yang gagal menunaikan janji pembaharuan mereka.

“Undang-undang patutnya sama untuk semua dan semua rakyat Malaysia perlu dilayan secara saksama.

“Tak boleh berat sebelah,” katanya yang merupakan penyelidik untuk bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan kepada khalayak.

Perarakan itu diadakan hari ini bagi membantah keputusan peguam negara menarik balik kesemua 47 pertuduhan jenayah dikenakan ke atas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Tambah Shafiq lagi, kerajaan pimpinan Anwar perlu menyemak semula bukti kes Zahid dan mendakwanya semula.

Antara politikus yang dilihat hadir protes adalah Badrul Hisham Shaharin (Bersatu) dan bekas timbalan ketua Umno Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz.

Kumpulan itu berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru sebelum berarak ke arah Balai Polis Dang Wangi dan kemudiannya menuju ke Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Mereka juga melaungkan kata-kata “Tolak Zahid”, “Dakwa Zahid” dan “Reformati”.

Polis turut hadir di kawasan sekitar peraraka untuk memantau keadaan.

Semalam, polis menolak permohonan protes itu untuk diadakan.

Sementara itu, Tun Faisal, yang juga ahli Majlis Tertinggi Muafakat Nasional berkata dia sudah membuat laporan polis untuk menggesa kerajaan mendakwa Zahid semula. – 16 September, 2023.


Tiada ulasan: