Sabtu, 16 September 2023

SELAMATKAN MALAYSIA - DAKWA ZAHID


Himpunan Selamatkan Malaysia buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Tiga pemimpin daripada Perikatan Nasional (PN) hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini untuk membuat laporan polis berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebas tanpa melepaskan Zahid  daripada 47 pertuduhan.

Mereka ialah Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Razali Idris; Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN),  Tun Faisal Ismail Aziz dan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali.

Ketiga-tiga mereka dilihat memasuki IPD Dang Wangi sekitar jam 2.30 petang tadi diiringi beberapa pegawai polis.

Difahamkan, laporan polis itu dibuat ke atas Kerajaan Malaysia atas dakwaan menyalahgunakan kuasa menghentikan kes Ahmad Zahid dan meminta pihak berkuasa mendakwa semula Presiden UMNO itu.

Sebelum itu, mereka bersama beberapa pemimpin lain disertai lebih 3,000 orang berarak dari sebuah pasar raya di Jalan Dang Wangi sekitar jam 2.15 petang tadi.

Mereka berhimpun di Masjid Jamek Kampung Baru bermula 11 pagi tadi menerusi Himpunan Selamatkan Malaysia yang dianjurkan Pemuda Perikatan Nasional (PN) bersama gabungan badan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara.

Para peserta dilihat melilit kain putih yang ditulis ‘#Selamatkan Malaysia’ di kepala serta memakai selendang bercorak ‘Jalur Gemilang’.

SELAMATKAN

MALAYSIA

DAKWA ZAHID

AMIN

SELAMATKAN

MALAYSIA 

PENJARAKAN 

ROSMAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: