Jumaat, 3 November 2023

ANWAR RASA TAK SELAMAT



Anwar rasa tak selamat walaupun sudah ada majoriti – Wan Saiful


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor,  Wan Saiful Wan Jan mendakwa Perdana Menteri masih berasa kedudukannya tidak selamat dalam kerajaan.

Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, keadaan berkenaan mengakibatkan  Anwar Ibrahim didakwa menggunakan agensi kerajaan untuk mengawal kritikan daripada pembangkang.

“Anwar ada simptom narsisistik, dia ingat dia berkuasa, dia ingat dia hebat tapi ia lahir daripada rasa tidak selamat (insecure). Kita boleh nampak habis satu dunia hubungi dia dia tinggal tidak datang ke rumah sahaja lagi.

“Dia tidak yakin dengan majoriti yang dia ada, padahal kini beliau sudah ada sokongan 149 ahli Parlimen jadi sebenarnya dia boleh jalan terus tapi sebab dia tidak yakin maka kerajaan mencengkam dengan cara kuku besi ini jelas kelihatan dilakukan kepada pembangkang,” dakwanya menerusi siaran langsung di TikTok malam tadi.

WhatsApp-Image-2023-11-02-at-11Dalam masa yang sama, Wan Saiful mendakwa Anwar tidak boleh menerima kritikan tentang pentadbirannya.

Ia dapat dilihat apabila Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum ini membuat ugutan secara umum menerusi siaran langsung.

“Rasa tidak selamat sehingga habis segala agensi kerajaan digunakan sebab tidak boleh dikritik,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful menganggap perkembangan semasa tersebut menguatkan lagi reformasi dalam kepimpinan Anwar yang telah mati.

“Banyak kali semasa Menteri Komunikasi bercakap di Parlimen kita (Perikatan Nasional) timbulkan (pertikaikan) tentang hak bersuara. Tapi realitinya mereka mempunyai kuasa jadi selagi mereka berkuasa reformasi telah mati.

“Dulu beria-ia kata kita perlu kebebasan media, media boleh bersuara di sosial media. Sekarang secara aktif dan agresif menggunakan dan mempergunakan agensi kerajaan mengawal kebebasan media yang ada,” dakwanya. – 


JENG JENG JENG

MAKIN JELAS

ANWAR TAK

 SELAMAT

AMIN

SERANGAN DARI

RAFIZI KE?

ATAU DARI

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

MAKIN RAMAI

TIBAI ANWAR

KAH KAH KAH

MUSUH LAMA

MUSUH BARU

TMJ PUN MASUK

MENGKRTIK

KAH KAH KAH

BOLEHAKAH ANWAR

BERTAHAN ?

JENG JENG JENG

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wan Jana Wibawa dah nak masuk jel kerja mencuri Sakaw. Paling tak perform dalam Kerajaan Abah PM8 nak cakap banyak.

Mana Zin Badak yang sedut RM15 juta duit UMNO Selangor dulu sekarang join Atok tibai PMX.
Duit Sakaw dah kering ko.

Tanpa Nama berkata...

Kejayaan terbesar anuar sebagai pm adalah membuat semua lawannya jadi pak pandir. Dari yang kecik hingga yg mahakaya semua otak masuk air, bercakap tak ketahuan hala. Hahaha. Bravo sdr anuar