Jumaat, 3 November 2023

HOTEL NAIK HARGA


Kadar bilik hotel dijangka naik 30%, kata pengusaha


KADAR harga bilik hotel di Malaysia dijangka naik 30% tahun depan apabila cukai perkhidmatan dan jualan (SST) dinaikkan daripada 6% kepada 8% bermula 1 Januari.

Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Christina Toh berkata pengusaha hotel masih belum lagi membuat keputusan berkenaan sektor harga.

“Kita perlu melihat keadaan pada tahun depan.

“Tetapi dengan SST dinaikkan, kita mungkin menaikkan harga bilik 30%,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Toh berkata mereka terpaksa menaikkan kadar harga bilik.

Beliau berkata pengusaha hotel juga kekurangan maklumat untuk membuat ramalan yang tepat berkenaan kenaikan kadar bilik.

MAH setakat ini mempunyai 1,000 ahli di seluruh negara.

“Walaupun pengumuman belanjawan menyatakan SST tidak akan terpakai bagi sesetengah kategori, tetapi kos operasi dijangka meningkat kerana rangkaian bekalan yang saling berkait,” katanya.

Beliau berkata butiran terperinci tidak diberikan – contohnya bagaimana perubahan itu akan dilaksakanan – menyebabkan sukar untuk dianggarkan akibat kenaikan itu.

“Kita perlukan lebih banyak maklumat sebelum dapat merancang kos operasi dan kadar harga bilik.

“Walau bagaimana sekalipun respons hotel, kesannya akan terasa dalam keseluruhan industri dan itu akan mempengaruhi kadar harga bilik.”

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan untuk menaikkan kadar SST daripada 6% kepada 8%.

Bagaimanapun bagi mengelak beban, beliau berkata perkhidmatan makanan dan minuman serta telekomunikasi tidak akan terjejas.

Menurut data MAH, purata kadar untuk hotel lima bintang dari Januari hingga September adalah RM453, hotel empat bintang RM 268 dan hotel tiga bintang RM165.

Mengikut negeri, purata kadar bilik hingga September lalu bagi hotel lima bintang hingga tiga bintang di Kedah – Langkawi adalah RM551, Johor RM335, Pulau Pinang RM327, Selangor RM306 dan Kuala Lumpur RM303.

Secara tahunan, kadar bilik untuk hotel lima bintang naik 11.9%, empat bintang 12.3% dan hotel tiga bintang naik 24.9 %.

Anwar turut mengumumkan penetapan semula Tahun Melawat Malaysia berikutnya adalah pada 2026.

Kempen itu menyasarkan ketibaan 26.1 juta pelancong dengan jangkaan membabitkan nilai RM97.6 bilion. – 3 November, 2023.
i.

BILA CUKAI

NAIK MAKA

YANG LAIN

AKAN IKUT

AMIN

SST DARI 6%

NAIK KE 8 %

JENG JENG JENG

HOTEL NAIK

HARGA

AMIN

AYAM NAIK

HARGA

AMIN

AYAM SIAM

NAIK KE TAK ?

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: