Jumaat, 3 November 2023

HARGA AYAM


HARGA AYAM 

JUMAAT 3 NOVEMBER 2023
AYAM TANPA SABSIDI
MASIH JADI PERBUALAN NASIONAL

KERAJAAN MENARIK BALIK SABSIDI
ERTINYA HARGA AYAM
TIDAK LAGI DI BANTU OLEH KERAJAAN
ERTINYA HARGA AYAM
MENGIKUT PASARAN

PASARAN
BERERTI PENGELUARAN
DAN PERMINTAAN
KALAU AYAM BANYAK KELUAR
HARGA JATUH
KALAU AYAM KURANG KELUAR
HARGA NAIK
KALAU BANYAK PEMINTAAAN
DAN PENGELUARAKN KURANG
HARGA MELAMBUNG

INI HUKUM
PASARAN
INI HUKUM EKONOMI KAPITALIS

YANG SAHIH SEMENJAK RABU
AYAM TAK BERSABSIDI
ESOK GUA KE CHOW KIT
NAK LIHAT BERAPA HARGA
SEKILO AYAM

SABTU LEPAS
HARGA 9. 50 SEN SEKILO

PELIK TETAPI BENAR
KITA MASIH MEMBELI
AYAM DARI SIAM
WALHAL KITA BOLEH
BUAT REBAN SENDIRI
AMIN

GAZA
DI SEMPADAN RAFAH
WARGA PALESTIN
YANG ADA PASPOT KEDUA
DI BENAR KELUAR

JUGA 
WARGA YANG CEDERA
DI BAWA KELUAR UNTUK RAWATAN
MESIR MENYEDIAKAN
HOSPITAL PASANG SIAP
DI RAFAH

ISRAEL
KETUA TENTERA ZIONIS
UMUM KETIKA INI
SOLDADU ZIONIS
SEDANG MENGEPONG 
BANDAR GAZA DARI TIGA PENJURU

LEBANON
GERILA HIZBOLLAH
MULA MENYERANG
ZIONIS DARI SELATAN LEBANON

SIAM
ADA 20 ++ WARGA SIAM
DI TAWAN OLEH HAMAS
KINI KERAJAAN SIAM
SEDNAG BERUNDING
DENGAN HAMAS

HOKKIEN
PAGI INI SEGAR CERAH BASAH
HUJAN PETANG KELMARIN
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU LEMAH

GUA DENGAR TERKUKUR
GUA DENGAR KENG KENG
TAPI PALING BISING
PASTILAH CENGKERIK
MENYAMBUT BUMI BASAH

LIMA EKOR WARGA HOKKIEN MARAH 
KAMI MELINTAS
KAWASAN MEREKA
TAK TAK MACAM TAIKO
SENGAJA KENCING
DEPAN MEREKA
KAH KAH KAH

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT JUMAAT
DENGAN SENYUMAN

BRO
JANGAN CAKAP
JIKA  LU
TIDAK MENGKOTAKAN

BRO
SEBELUM LU BERTINDAK
LU PIKIR DULU
SEBELUM LU BERHENTI
LU CUBA LAGI

BRO
KITA LALUI KEPAYAHAN
UNTUK CAPAI KESENANGAN

BRO
JIKA LU TAK NAK KALAH
JANGAN BERHENTI MENCUBA

BRO
JANGAN TOLEH KE BELAKANG
MELAINKAN
LU NAK IKUT 
JALAN ITU SEKALI LAGI

BRO
BUANG KAN KESANGSIAN
TERUS TERKAM

BRO
JANGAN TUNGGU TUNGGU
HIDUP INI BERGERAK
LEBIH PANTAS DARI
APA YANG LU RASA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan: