Ahad, 12 November 2023

BANJIR - ILMU MODEN



Hujan berterusan 16-18 November ini, kata MetMalaysia


HUJAN berterusan dijangka berlaku di pantai timur dan utara Semenanjung serta timur Sabah bermula 16 hingga 18 November ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku di kawasan berkenaan dan keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan dalam tempoh tersebut.

“MetMalaysia sedang memantau keadaan ini dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan sekiranya perlu,” menurut kenyataan itu.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – Bernama, 11 November, 2023.

ILMU MODEN 

DAN TEKNOLOJI

MEMBOLEHKAN

KITA BERSEDIA

MENGHADAPI

PERUBAHAN IKLIM

AMIN

JIKA ILMU

PENGETHUAN TIDAK

DIGUNAKAN MAKA

SALAHKAN 

UMAT MANUSIA

KHALAS

Tiada ulasan: