Ahad, 12 November 2023

RIMAU MALAYA TIDAK RASIS


Perhilitan pasang perangkap, kamera susulan kes serangan harimau


JABATAN Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengambil langkah proaktif dengan memasang perangkap harimau dan perangkap kamera, susulan kes serangan haiwan liar berkenaan di Meranto, Gua Musang.

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata pemasangan akan dilakukan di kawasan yang akan dikenal pasti menjadi tempat berkeliaran harimau tersebut.

Beliau berkata pada 8.30 malam semalam, pihaknya telah menerima makluman dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang berkaitan laporan seorang lelaki warga Myanmar yang merupakan pekerja ladang getah, maut diserang hidupan liar di Ladang Persendirian, Meranto.

“Kejadian disyaki berlaku pada jam lebih kurang 1.00 tengah hari pada hari yang sama.

“Siasatan di lokasi kejadian akan dijalankan pada 12 Nov (hari ini) oleh anggota Perhilitan, bagi mengenal pasti lokasi sebenar kejadian, untuk mengesahkan spesies yang menyerang mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Hafid berkata anggaran jarak antara bandar Gua Musang dengan ladang tersebut ialah kira-kira 50 kilometer (km) dan mengambil masa sehingga dua jam untuk tiba ke lokasi tersebut, bergantung kepada keadaan cuaca.

“Akses ke lokasi hanya dapat menggunakan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan ladang,” katanya.

Mohamad Hafid berkata Perhilitan Gua Musang tidak pernah menerima aduan konflik dari kebun getah persendirian di kawasan terbabit, selepas berlaku serangan yang melibatkan seorang lelaki warga Indonesia yang maut diserang harimau belang itu.

“Jarak lokasi kes ini daripada lokasi yang berlaku pada 10 Nov di Ladang Akar Prestige, Meranto, dianggarkan 10km.

“Perhilitan memohon kepada pekerja ladang dan persendirian supaya tidak bekerja keseorangan, sebaliknya bekerja secara berkumpulan dan tidak membuat sebarang provokasi kepada hidupan liar,” katanya. – Bernama, 12 November, 2023.

SATU MAT IDON

JADI MANGSA

AMIN

SATU MAT BURMA

JADI MANGSA

AMIN

INI BUKAN BUKTI

RIMAU MALAYA

RASIS HANYA

SERANG BAHAM

PENDATANG

AMIN

INI MACAM PALESTIN

YANG KAMPUNG

HALAMAN DI RAMPAS

OLEH ZIONIS ISREAL

AMIN

KAMPUNG HALAMAN

RIMAU MALAYA

DIROGOL OLEH

ZIONIS TEMPATAN

KHALAS

Tiada ulasan: