Jumaat, 10 November 2023

RINGGIT JATUH - KRISIS EKONOMI AKAN SAMPAI


Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS

RINGGIT terus ditutup rendah berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut hari ini berikutan penurunan permintaan terhadap unit tempatan.

Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6895/6965 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6800/6860 pada Rabu.

Ketua ekonomi dan kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks harga pengguna China turun 0.2% tahun ke tahun pada Oktober membayangkan People’s Bank of China akan mengekalkan pendirian monetari akomodatifnya dalam tempoh terdekat ini yang seterusnya akan memberikan lebih banyak sokongan kepada dolar AS.

“Oleh itu, ringgit dijangka kekal lemah selepas mencatatkan peningkatan mendadak pada Isnin,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1050/1099 daripada 3.1045/1087 pada Rabu, tutup berbanding euro kepada 5.0173/0248 daripada 4.9917/9981 dan menyusut berbanding pound Britian kepada 5.7695/7781 daripada 5.7321/7394 sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara Asean lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4563/4617 daripada 3.4493/4540 pada Rabu dan turun berbanding baht Thai kepada 13.1802/2065 daripada 13.1453/1670.

Unit tempatan juga jatuh berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.41 daripada 8.35/8.37 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 299.5/300.1 daripada 298.9/299.5. – Bernama, 9 November, 2023.

BERAT

MAKIN BERAT

AMIN

PAGI PETANG

RINGGIT JATUH

AMIN

PAGI DIBUKA

JATUH

PETANG DI TUTUP

JATUH

WAT IS DE BEKOS

AMIN

APAKAH INI

TANDA KERAJAAN

AKAN TERBARAI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: