Fitnah dana judi, MP Pasir Mas kata ingatkan sudah selesai siasatan
Ahmad Fadhli Shaari mempertikaikan fitnah dibuat oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berhubung isu dana judi yang sehingga hari ini gagal dibuktikan.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu mempersoalkan isu dana judi tersebut yang masih tidak selesai siasatannya walaupun Anwar sebelum ini berulang kali membuat tuduhan terhadap Perikatan Nasional (PN) membabitkan dana semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
Ahmad Fadhli berkata sudah dua kali mengemukakan soalan sama berhubung status siasatan terhadap dakwaan itu, tetapi jawapan diterima masih seperti sebelumnya.
“Seperti yang dijangka, jawapannya ialah ‘masih dalam siasatan’. Ingatkan tempoh hari dan ada saksi yang tampil, sepatutnya boleh selesailah, rupa-rupanya masih belum ada perkembangan lanjut!
“Nah, sekarang siapa yang menabur fitnah? Ooo… jika yang menabur fitnah itu ialah pemimpin tuan-tuan, ia halalkah kot?” katanya dipetik dalam laporan Harakah Daily.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan