Sabtu, 23 Disember 2023

BANTUAN INTERPOL - KES BUNUH


Polis minta bantuan interpol siasat kes Zayn Rayyan

POLIS memohon bantuan daripada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengkaji beberapa maklumat dan bahan bukti yang diperoleh dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata bantuan itu melibatkan maklumat yang diperoleh oleh pasukan siasatan yang memerlukan maklumat lanjut daripada pangkalan data Interpol.

“Kami ada minta bantuan daripada Interpol berkaitan pangkalan data mereka yang kami mempunyai beberapa maklumat walaupun tidak konklusif kami perlu maklumat lanjut dari pangkalan data berkenaan,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut Hussein berkata pihaknya merakam 225 percakapan daripada keluarga dan penduduk di Apartment Idaman Damansara Damai dan mengambil 248 sampel asid deoksiribonukleik.

Menurut Hussein polis tidak akan berputus asa dalam menyiasat kes berkenaan walaupun mempunyai bahan bukti yang terhad.

“Seperti semua tahu lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan adalah tempat kejadian jenayah kedua dan berikutan itu kami mempunyai bukti fizikal dan keterangan yang terhad, kami masih lagi sedang mengesan lokasi pembunuhan,” katanya.

Katanya proses siasatan kes berkenaan kini memasuki fasa ketiga iaitu pasukan forensik kini memberi tumpuan kepada unit tertentu di blok tertentu apartment berkenaan.

Beliau berkata sepanjang siasatan pihaknya turut menahan 12 individu bagaimanapun ia tidak mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan kanak-kanak malang itu.

“Siasatan masih dijalankan setiap hari di kawasan berkenaan, kami tidak akan berputus asa, akan teruskan siasatan hingga pelakunya ditahan, mungkin bukan sekarang tetapi kami yakin pelaku ini akan ditahan,” katanya.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Disember lepas di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokannya.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan akibat mempertahankan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama, 23 Disember, 2023.

WOIT

INI MAKIN

 HEBAT

AMIN

DATA APA 

YANG PERLU

JENG JENG JENG

DATA GENRE

SHAHIDAN KE ?

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: