Sabtu, 23 Disember 2023

PERANG SAMPAI MENANG - JANGAN MATI KATAK



PBB gesa lebih banyak bantuan dihantar ke Gaza

PEPERANGAN masih berlaku antara tentera Israel dan Hamas di Gaza semalam, ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meluluskan resolusi bagi melonjak jumlah bantuan dihantar ke wilayah Palestin yang dikepung di mana penduduk Palestin bergelut untuk mendapatkan makanan.

Kementerian kesihatan Hamas berkata lebih 410 terbunuh dalam pengeboman Israel bagi tempoh 48 jam lalu, termasuk 16 serangan bom semalam di Jabalia, di Gaza.

Empat ahli keluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan terkorban, dalam satu serangan terhadap kenderaan orang awam di Rafah, selatan Gaza, kata kementerian itu.

“Kenderaan itu terkena serangan. Lima minit kemudian orang ramai berkumpul dan serangan kedua berlaku,” kata saksi kejadian, Hamada Abu Taha.

Semalam, Majlis Keselamatan PBB mengguna pakai resolusi yang mendesak semua pihak dalam konflik itu membenarkan penghantaran bantuan keselamatan yang selamat dan tidak disekat pada skala besar.

Resolusi PBB itu menggesa pembentukan keadaan di mana keadaan permusuhan dihentikan tetapi tidak bercakap tentang penamatan perang serta-merta.

Sekutu Israel, Amerika Syarikat awal bulan ini menyekat undi untuk gesaan gencatan senjata, mendapat sokongan Russia dan mendapat 13 undi memihak kepada mereka.

Ia susulan Program Makanan Dunia PBB memberi amaran penduduk Gaza sedang dalam risiko tinggi kebuluran.

Perang kali ini bermula 7 Oktober selepas Hamas bertindak balas terhadap pencerobohan dan kekejaman Israel di sempadan Gaza, menyebabkan 1,140 Israel maut.

Tentera Israel kemudian melancarkan serangan bom udara bertubi-tubi dan serangan darat di Gaza mengorbankan 20,057 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita. – AFP, 23 Disember, 2023.



ALANG ALANG

BERPERANG

BIAR SAMPAI

MENANG

AMIN

JANGAN MATI

KATAK

KHALAS

Tiada ulasan: