Sabtu, 23 Disember 2023

MAT SABU SUARA RAKYAT



Majoriti mahu Mat Sabu kekal presiden, kata akar umbi Amanah


MAJORITI pemimpin dalam Amanah masih mahu Mohamad Sabu kekal meneruskan khidmat sebagai presiden parti itu bagi tempoh sepenggal lagi, kata beberapa pemimpin akar umbi Amanah.

Mereka yakin perwakilan masih dalam mood mengekalkan Mohamad dalam pemilihan Sabtu ini biarpun ada ura-ura kedudukan itu akan dicabar oleh naib presiden Mujahid Yusof Rawa.

Seorang pemimpin akar umbi mendedahkan kepada The Malaysian Insight, beliau mengesan kempen mengekalkan Mohamad sebagai presiden sedang rancak dijalankan waktu ini.

“Rata-rata akar umbi Amanah masih lagi memerlukan khidmat Mohamad sebagai presiden untuk memimpin parti menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di beberapa negeri seperti Sabah, Melaka dan Johor.

“Begitu juga untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU16),” kata sumber itu sewaktu berkongsi perkembangan kempen pemilihan Amanah penggal 2023-2026.

Ia memberi peluang terakhir Mohamad berkhidmat sebagai presiden untuk kali ini kerana Perlembagaan parti mengehadkan tempoh jawatan selama tiga penggal berturut-turut.

Seramai 124 calon akan merebut 27 tempat ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah dalam pemilihan kali ini.

Dalam pemilihan sesi lepas, Mohamad dilantik presiden parti meskipun hanya berada di kedudukan ketujuh tertinggi daripada undian perwakilan.

Selain Mohamad dan Mujahid, calon lain yang dikatakan akan merebut jawatan tersebut adalah timbalan menteri pertahanan Adly Zahari dan menteri kesihatan yang baru dilantik Dzulkefly Ahmad.
.
Pemimpin senior Amanah, Husam Musa juga pada awalnya dijangka bertanding semula untuk merebut 27 jawatan tersebut namun namanya terkeluar daripada senarai pemilihan calon.

Seorang lagi pemimpin akar umbi Amanah berkata antara sebab utama kepimpinan Mohamad perlu dikekalkan kerana kelebihan pemimpin tersebut.

Beliau yang bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan berkata Mohamad membuktikan kemampuannya sebagai presiden menerusi cara diplomasi dan rundingan dengan parti rakan.

“Kita tak nampak kemampuan Mujahid lagi, tapi untuk Mohamad perkara itu teruji apabila proses pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU14,” kata sumber.

Beliau memberi contoh keberkesanan rundingan dijalankan Mohamad apabila Amanah terpaksa menyerahkan kerusi Titiwangsa untuk ditandingi Bersatu.

“Juga ketika konvensyen PH menjelang PRU 14 pengerusi PH. Pada masa itu Dr Mahathir Mohamad berterima kasih kepada Amanah kerana menjayakan pembahagian kerusi untuk PH bertanding,” katanya.

Namun sumber mengakui kedudukan Mohamad tetap bergantung kepada percaturan 27 anggota jawatankuasa pusat dan timbalan presiden yang memenangi jawatan tersebut.

“Bergantung kumpulan mana yang menang dan ikutkan perkembangan terbaharu bagi jawatan timbalan Dzulkefly antara nama yang disebut menjadi pemilihan untuk mengisi jawatan timbalan.

“Sebelum ini dikatakan Adly. Nama Dzulkefly naik selepas beliau dilantik sebagai menteri kesihatan,” katanya.

Antara lain beliau berkata akar umbi juga mengharapkan akan ada muka baharu turut dipilih dalam kepimpinan kali ini.

“Kita harap kepimpinan baharu ini seimbang diantara muka lama dan muka baharu sejajar dengan matlamat mahu menyegarkan parti,” katanya. – 23 Disember, 2023.

MAT SABU

ADALAH SUARA

RAKYAT BAWAHAN

AMIN

UCAPAN RAKYAT

LAWAK RAKYAT

MEMIMPIN RAKYAT

KE JALAN RAYA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gua mmg suka lg remix abg mat... Lagu turun BeEnd hahahahahahhaa