Khamis, 4 Januari 2024

ESOK GUA KE RUMAH PASONG

Himpunan Kepung Demi Palestin: 15 individu beri keterangan esok

KUALA LUMPUR – Seramai 15 individu yang terlibat dalam Himpunan Kepung Demi Palestin akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini esok.

Perkara berkenaan disahkan oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini.

Antara yang dipanggil bagi membantu siasatan adalah Jurucakap Sekretariat Solidariti Palesti (SSP), Tian Chua, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sivarajan Arumugam, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda, Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan, aktivis, Hishamuddin Rais dan Datuk Ambiga Sreenevasan.

Kesemuanya dipanggil memberi keterangan pukul 10.30 pagi.

Baru-baru ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya dalam proses mengambil keterangan penganjur piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ bagi membantu siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Jelas beliau, kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Sebagai rekod, himpunan tersebut disertai lebih kurang 48 badan bukan kerajaan (NGO) terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum.

Antara NGO yang mengambil bahagian ialah Majlis Perundingan Islam Malaysia, Viva Palestina Malaysia, Yayasan Al Quds Malaysia, Suara Rakyat Malaysia dan Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine.

Peserta mula bermalam di kawasan berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pada 26 hingga malam 31 Disember lalu.

Turut hadir pada malam penutup dan memberikan ucapan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dan Menteri Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.-



ESOK

GUA AKAN

KE RUMAH PASONG

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tinggal saja kat sana terus TT kah kah kah beres makan minum semua tanggung beres, tak payah ke market setiap minggu bising pasal harga barang naik kah kah kah