Khamis, 4 Januari 2024

RIBUT PULAK SAMPAI


MetMalaysia keluar amaran ribut hingga 7 malam ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan pukul 3.30 petang memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Perak (Hilir Perak), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Negeri Sembilan (Port Dickson).

Selain itu, Sarawak pula di Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu dan Miri (Subis) dan Sabah: Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan) turut dijangka keadaan cuaca yang sama.


Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya dalam kenyataan yang sama. – 

AWAS

BERJAGA JAGA

AMIN

Tiada ulasan: