Khamis, 4 Januari 2024

KERETA BEZZA BARU BELI 8 JAM DAH ROSAK


Bezza dibeli tak sampai lapan jam rosak, disaran buat pinjaman baru

KUALA LUMPUR – Seorang pembeli kereta Perodua Bezza mendakwa kenderaan yang dibelinya pada 17 Oktober lalu rosak tidak sampai lapan jam selepas dibeli.

Lebih malang menurut Nagakanni Subramaniam, kereta tersebut bukan sahaja tidak boleh dibaiki tetapi juga tidak boleh ditukar dengan yang baharu.

Dalam perkongsian di laman Facebook beliau hari ini, Nagakanni berkata, selain terpaksa membayar ansuran bulanan sebanyak RM537, pihak penjual hanya boleh memberikan kereta baharu jika dia membuat pinjaman semula.

Bagaimanapun beliau menolak saranan yang dibuat oleh jurujual terbabit kerana dia terpaksa menanggung hutang lama.

“8 Disember 2023: Customer Service beritahu bahawa final proposal belum dipersetujui dan Perodua sedang selidik kesilapan dalaman. Atau kata lain, mereka belum boleh bagi black and white approval untuk tukar kereta saya dengan kereta baru.

“02 Januari 2024 (hari ini): Masih belum ada apa-apa jawapan (secara black and white) daripada Perodua walaupun dah lebih dua bulan. Tapi saya masih kena bayar loan setiap bulan.

“Saya harap sangat kawan-kawan Facebook dapat share posting ini supaya Perodua dapat selesaikan isu ini. Saya hanya lawan untuk pertahan hak saya. Perodua. Perodua Harapan Terang Motor Segamat,” kata beliau.

Mengikut kronologi, Nagakanni berkata, beliau membawa pulang kereta berkenaan pada pukul 11 pagi 17 Oktober dan ketika mahu menggunakan kenderaan tersebut pada pukul 7.40 malam keretanya tidak dapat dihidupkan.

Katanya, kereta tersebut kemudian ditunda ke Pusat Servis Perodua Segamat pada 18 Oktober dan dimaklumkan enjin kenderaan tersebut telah rosak.

Berikutan itu beliau telah membuat permintaan supaya kereta berkenaan ditukar dengan kenderaan baharu dan dia telah diminta untuk menunggu sehingga satu bulan bagi memproses permohonan tersebut.

“9 November 2023 Encik Sufian customer sales executive dari HQ Perodua call saya. Dia kata, menurut penyiasatan awal, enjin kereta saya rosak sebab ada benda asing seperti gula. Dia kata material tersebut tak digunakan oleh Perodua.

“Masalahnya, saya pun tak bawa apa-apa makanan atau gula dalam tempoh 8 jam tu, apatah lagi nak usik enjin.

“15 November 2023 Encik Sufian kata saya kena buat loan baru dulu untuk kereta baru. Saya kata saya boleh buat hanya lepas dia settlekan loan lama saya dulu. Sebab sehingga hari ni, saya masih bayar loan kereta tu,” jelasnya.

Dalam perkongsian berkenaan, Nagakanni turut memaparkan dua laporan polis yang dibuat pada 18 dan 19 Oktober 2023.-


Nagakanni Subramaniam bersama kereta
 yang baru dibelinya

AWAS !!!

KAH KAH KAH

MALAYSAI BOLEH

OPPS....

PRODUA BOLEH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: