Selasa, 16 Januari 2024

MENUNGGU ROSMAH MASUK JIL


Perkembangan status representasi Rosmah 1 Mac

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 1 Mac depan untuk mengetahui perkembangan mengenai representasi baharu yang dikemukakan Rosmah Mansor bagi menggugurkan 17 pertuduhan terhadapnya.

Representasi itu adalah berkaitan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima kesalahan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim K Muniandy menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan representasi yang dikemukakan oleh isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu pada Disember lepas masih dalam penelitian Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Pihak kami masih perlu mendapatkan pernyataan daripada beberapa individu bagi melengkapkan siasatan sebelum memuktamadkan keputusan representasi itu,” kata Ahmad Akram.

Terdahulu, peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana diberi cuti sakit dan memohon agar prosiding hari ini ditangguhkan.

Ahmad Akram tidak membantah permohonan itu.

Mahkamah sepatutnya menyambung pendengaran hujahan permohonan Rosmah bagi membatalkan pertuduhan terhadapnya.

Ini adalah representasi ketiga Rosmah selepas yang pertama dan kedua, masing-masing dihantar pada 3 Mei dan 18 Ogos tahun lepas, masih belum diputuskan oleh AGC.

Pada 4 Oktober, 2020 Rosmah memfailkan notis usul agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.

Rosmah, 72, didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara 4 Disember, 2013 dan 8 Jun, 2017 serta LHDN di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini dari 1 Mei, 2014 hingga 1 Mei, 2018.

Perbicaraan kes itu bermula pada 24 Ogos tahun lepas dan dua saksi dipanggil memberi keterangan. – Bernama, 16 Januari, 2024.

 

WOIT

MACAM MACAM

CARA DI BUAT

UNTUK LAMBAT

MASUK JIL

AMIN

CUTI MAHKAMAH

ANAK BUNTING

AMIN

CUTI MAKAMAH

DATANG HAID

AMIN

CUTI MAHKAMAH

CERET BERET

AMIN

RAKYAT NAK

TENGOK ROSMAH

ISA SAMAD

MASUK JAIL

KHALAS

Tiada ulasan: