Rabu, 28 Februari 2024

AL-FATIHAH BANTAH SAMPAI MATI


Askar AS bakar diri tanda protes perang di Gaza meninggal dunia

WASHINGTON – Seorang anggota tentera udara Amerika Syarikat (AS) yang membakar dirinya di luar Kedutaan Israel di Washington sebagai protes terhadap konflik di Gaza telah meninggal dunia di sebuah hospital tempatan.

Polis yang mengesahkan kematian askar itu berkata, Aaron Bushnell, 25, membakar dirinya sebagai membantah “pembunuhan beramai-ramai” di Gaza.

Dia dikejarkan ke hospital susulan kecederaan kritikal yang mengancam nyawanya sejurus kejadian tersebut, kata Jabatan Perkhidmatan Perubatan Bomba dan Kecemasan DC.

“Saya tidak akan lagi terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai. Saya akan terlibat dalam tindakan protes yang melampau, jika dibandingkan dengan apa yang alami di Palestin oleh tangan penjajah mereka, ia tidak melampau sama sekali. Inilah yang dibuat oleh pemerintah kita yang memutuskannya ia adalah perkara biasa,” kata Bushnell sebelum membakar dirinya.

Video kejadian menunjukkan askar itu menjerit “Bebaskan Palestin” ketika dia sedang terbakar.

Disember lalu, seorang individu membakar diri di luar Konsulat Israel di Atlanta, Georgia sebagai protes terhadap serangan Israel ke atas Gaza.

Israel telah menggempur Semenanjung Gaza berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober, membunuh hampir 30,000 orang. – Agensi


SOLDADU INI

TIDAK MAHU

DILIHAT  SAMA

MENYOKONG

ZIONIS ISRAEL

 BUNUH 

WARGA PALESTIN

AMIN

Tiada ulasan: