ZUKI GUNA BLOGGER SINDIR PM ANWAR
Ada seorang mantan ahli UMNO kini penulis picisan menulis di FB katanya sudah dua Jumaat PMX gagal membuang Zuki.
PM Anwar sebagai Bapa Reformasi Malaysia perlu betul-betul REFORM TOTAL sistem pentadbiran negara daripada sisa-sisa Kolonialis British.
Sejak sebelum 1957 lagi negara kita ditadbir oleh kumpulan PTD era British, pasca British hinggalah skrg yg masih byk bau2 kolonialis.
Ketika era awal merdeka dan zaman Tan Sri Ahmad Sarji, PTD sangat dihormati tetapi sejak Zuki KSN penjawat awam dan rakyat biasa semakin hilang respect.
PTD di bawah Zuki sudah hilang kredibiliti. Jika dulu berkhidmat untuk Kerajaan, negara dan rakyat. Tapi sejak Zuki, KSU-KSU lantikan Zuki bersifat individualistik, kumpul harta dan kumpul bini.
Lihatlah sesama PTD berebut jawatan. DS Shafiq Abdullah mantan KPPA, terkenal dengan kesombongan di depan awam, menengking penjawat awam dan memalukannya. Skandal dengan PA dia tu hal peribadi dia lah.
Kemudian naik Dato Dr Zulkapli tetapi menggunakan kedudukan selitkan anak dalam skim PTD dan penempatan paling dekat di JPM Putrajaya, memberi biasiswa JPA kepada anak ke luar negara walhal ramai lagi yang layak tetapi tidak ada kabel.
Bayangkan KPPA boleh disuap dengan jam tangan bernilai RM252K!
Jadi sudah sampai masa Anwar REFORM TOTAL 100% sistem pentadbiran Kerajaan ,berikan kepada skim lain seperti pensyarah/profesor universiti atau sektor swasta.
Lihatlah kelemahan KSN dan KPPA, PMX dah beri arahan sejak tahun lalu supaya kakitangan awam dinaikkan gaji melalui cadangan skim baru tu, tetapi sehingga ke hari ini masih diperingkat draf. Cadangan skim pencen pun KPPA dan KSN failed.
Kalau nak cakap bab Rasuah, statistik menunjuk skim PTD lah paling banyk amal Rasuah. Boleh google laporan SPRM. Lihat saja pegawai-pegawai khas KSN, baru gred 48/52 dah ada beberapa buah rumah mewah, lot tanah dan kereta mewah. Macam mana kawan satu batch tak bengang dan bocorkan ?!
Sudah sampai masa Anwar mencuba skim lain menjadi KSN. Lihatlah KSU Zaini Ujang dari pensyarah menjawat beberapa KSU Kementerian, mantan KSP pun bukan PTD, dan banyak lagi.
Mantan KSU DSIS sendiri hanya berpendidikan SPM jer pun tapi masa tu semua KSU malah KSN pun kecut telor. Nazimah KSUS walaupun pendidikan SPM tapi dapat gaji Turus tau!
Contoh terbaik Anies Baswedan (academician), Ahok (bisnesmen) mentadbir kota jutaan penduduk Jakarta dengan cemerlang.
Kesimpulan, pegawai2 PTD zaman sekarang bukan lagi pentadbir diplomatik yg baik. Mungkin kerana kemasukan mereka pun melalui kabel mcm anak Dr Zulkapli, ujian kemasukan PTD sekarang pun sangat mudah kerana melalui onlne ramai dah berjaya menipu JPA.
Kebetulan ramai penjawat kontrak lantikan PMX dan Menteri2 PKR yg lead the government drpd UIA, Univ Malaya, ABIM, Unisel, IDE Selangor dll, maka sudah sampai masa Anwar melaksanakan REFORMASI TOTAL ke atas sistem Pentadbiran Kerajaan dengan melantik KSN dan KSU-KSU drpd skim lain yang lebih sesuai!
Contoh, jika nak lantik KSU Kementerian Kesihatan lantiklah di kalangan Doktor perubatan mereka lebih tahu masalah di ground banding PTD, KSU Kementerian Perladangan ambillah tokeh-tokeh ladang, KSU MITI ambillah tokoh spt Vincent Tan, dsbnya.
Kumpulan PTD ne letak mereka sebagai jaga Bahagian Pengurusan BKP sahaja jaga penggajian dan elaun tidak tertangguh, logistik dan kenderaan, atau Pegawai Daerah saja.
Di negara2 maju, perkara ini sudah lama dibuat, kepada PMX inilah masa untuk anda Reform TOTAL 100% sistem Kerajaan kita.
Tetapi tidak dinafikan ada PTD tidak ambil komisyen project, solat tak tinggal, berintegriti, disegani, berpengalaman, berilmu pengetahuan, people centric, jika jumpa PTD mcm ini bolehlah lantik dia KSN dan KSU.
Hari ini siapa respect KSN Zuki? Surat arahan dia paksa kakitangan kerajaan daftar PADU pun tidak laku. Sebab itulah PADU failed baru mencecah 20% minggu ini.
Laporan sulit menunjukkan 80% kakitangan Kementerian Kesihatan tidak mengisi PADU, 90% staf Kementerian Luar tidak isi, itu belum lagi pasukan keselamatan PDRM dan ATM.
Kepada penulis upahan yg dah biasa terima wang pau dari KSN, Presiden UMNO, mantan PM, Cukup2lah pau KSN!
Janganlah suka call dan text KSN, kamu ingat kami tak baca ker!!! Tapi jgn risau kami tidak akan share di Edisi Siasat. Kerana kamu sudah tua, tiada pekerjaan, kami kasihan.
Nasihat kami, jgn pau PMX, kalau Pau KSN dan Presiden/pemimpin2 UMNO teruskan sebab telor mereka u dah pegang.
Mari kita doakan sahabat kita arwah Rafi Awang Kecik mudah2an diampuni dosanya dan dimasukkan dlm Syurga. AAMIIIN YRA.
Baca pendedahan lanjut di Es. Selamat berpuasa semua.
PERISIK NEGARA
PUTRAJAYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan