Khamis, 14 Mac 2024

LOMBONG HARAM DI PAHANG


Tiada pengeluaran nadir bumi dari Lipis, dakwaan Nik Nazmi kurang tepat – Wan Rosdy

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang menafikan sekeras-kerasnya berlaku pengeluaran bahan nadir bumi oksida secara haram di kawasan hutan simpan di daerah Lipis.

Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad semalam adalah kurang tepat.

“Tiada sebarang aktiviti pengeluaran bahan nadir bumi di daerah Lipis meskipun terdapat cubaan untuk melakukan aktiviti melombong bahan tersebut.

“Ini kerana, hasil maklumat dan initipan yang dilakukan oleh Pasukan Elit Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada 20 Mac 2023 telah mengesan dan menjumpai satu lokasi yang cuba dijadikan kawasan lombong nadir bumi berdasarkan peralatan yang ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun, tiada aktiviti pengeluaran dikesan dan semua peralatan tersebut telah dirampas oleh pihak berkuasa.

Malah, lanjutan daripada kes ini, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Penguatkuasa Perhutanan Zon Pahang Barat telah melakukan pemantauan berkala bermula 3 Mei 2023 hingga 15 Februari 2024 di kawasan Pahang Barat.

Tambah beliau, melalui maklumat yang diperoleh Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Pahang mendapati tiada sebarang aktiviti perlombongan nadir bumi berlaku.

“Saya berharap fakta ini dapat diperbetulkan kerana kenyataan yang dinyatakan semalam telah menjejaskan nama baik negeri Pahang.

“Lebih-lebih lagi Kerajaan Negeri Pahang sejak lima tahun lalu begitu tegas melaksanakan penguatkuasaan bagi membendung aktiviti pencerobohan tanah secara haram termasuk aktiviti perlombongan daripada berleluasa, “ jelasnya.

Semalam, ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Ipoh Timor (DAP) di Dewan Rakyat semalam, Nik Nazmi berkata, terdapat pengoperasian nadir bumi secara haram di beberapa kawasan termasuk Hutan Simpan Jerai di Lipis.

Lee Chuan How terdahulu bertanya status larangan eksport nadir bumi ketika berlaku peralihan teknologi bagi pemprosesan dan industri hilirannya dibangunkan, sebagai suatu langkah untuk memanfaatkan kadar ringgit yang optimum bagi eksport tersebut.

Untuk rekod, sejak penubuhan UPNP pada 9 Oktober 2019, sebanyak 137 kes pencerobohan tanah kerajaan negeri telah berjaya diselesaikan dengan 129 kes telah dikenakan kompaun dan lapan kes lagi telah didakwa di mahkamah dan telah dijatuhkan hukuman.

Wan Rosdy menegaskan, aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa akan diteruskan bagi memastikan tiada lagi aktiviti penerokaan tanah secara haram yang berlaku di ini pada masa akan datang. –

JIKA TAK WUJUD

LOMBOG HARAM

BERITA BAIK

AMIN

TAPI PAHANG

SELALU ADA BERITA

CURI BALAK

PENEROKA HARAM

AMIN

MUSTAHIL 

TAK NAMPAK

LORI BESAR

BAWA BALAK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: