Khamis, 14 Mac 2024

LOMBONG HARAM - MENTERI KATA ADA DI LIPIS




REE haram di Lipis: Kementerian masih jalankan siasatan – Nik Nazmi


KUALA LUMPUR – Kompartmen 411 di Hutan Simpan Ulu Jelai, Daerah Lipis telah dikenalpasti sebagai tapak perlombongan haram pada Mac tahun lalu selepas penemuan peralatan dan barang makmal yang digunakan.

Bagaimanapun, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad  sehingga kini siasatan masih dijalankan untuk mengesahkan sama ada terdapat sebarang pengeluaran bahan nadir bumi di tapak tersebut.

“Ingin saya jelaskan di sini bahawa kenyataan saya di Dewan Rakyat adalah berhubung aktiviti perlombongan haram di kawasan terbabit.

“Ini kerana hasil siasatan mendapati  penemuan alatan dan barang-barang makmal yang digunakan menunjukkan kawasan tersebut adalah untuk melombong mineral unsur nadir bumi (REE),” katanya menerusi kenyataan.

Baru-baru ini, ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Ipoh Timor (DAP) di Dewan Rakyat semalam, Nik Nazmi berkata, terdapat pengoperasian nadir bumi secara haram di beberapa kawasan termasuk Hutan Simpan Jerai di Lipis.

Pada sesi itu, Lee Chuan How bertanya status larangan eksport nadir bumi ketika berlaku peralihan teknologi bagi pemprosesan dan industri hilirannya dibangunkan, sebagai suatu langkah untuk memanfaatkan kadar ringgit yang optimum bagi eksport tersebut.

Bagaimanapun, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semalam berkata, kenyataan Nik Nazmi di Parlimen itu kurang tepat kerana tiada sebarang aktiviti pengeluaran nadir bumi di daerah Lipis walaupun terdapat cubaan untuk melakukan aktiviti melombong bahan tersebut.

Sehubungan itu Wan Rosdy berharap fakta itu dapat diperbetulkan kerana kenyataan yang dinyatakan menteri telibat telah menjejaskan nama baik negeri Pahang.

Dalam kenyataan itu, Nik Nazmi turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang yang menubuhkan Pasukan Elit Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) sejak tahun 2019 memantau aktiviti pencerobohan tanah secara haram termasuk aktiviti perlombongan daripada berleluasa.

Tambah beliau, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan konsisten memberikan komitmen kerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha membendung aktiviti perlombongan haram. – 


LOMBONG HARAM

INI ADA KE TAK?

AMIN

ATAU DAH

MASYUUUK ?

JENG JENG JENG

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lombong REE... wah tak takut jadi alien ke orang lepih.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

lombong Ree Tak takut jadi mutan ke orang lepih.. habis semua jadi x-men kang.. kah kah kah

Reba koi berkata...

Jangan temberang lah...pahang memang banyak lombong haram yang dinaungi oleh penguasa negeri dan dewa-dewi. Pergi masuk hutan di Kuala Rompin, berlambak lombong-lombong haram di sana.