Selasa, 16 April 2024



Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan – Bukit Aman

KOTA BHARU – Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, ketika ini, polis sedang menyoal siasat dan mengumpul maklumat daripada suspek.

“Hari ini kita akan proses dulu (soal siasat) suspek yang kita tahan tadi dan dia berada dalam keadaan sihat.

“Setelah polis selesai kumpul semua maklumat ke atas suspek, barulah kami akan buat sidang media pada 9 pagi esok di sini (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan IPK Kelantan hari ini, selepas menerima taklimat berhubung kes itu.

Hari ini, Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain mengesahkan suspek terlibat dengan kejadian tersebut telah ditahan pada kira-kira 3 petang tadi, di satu lokasi di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya. Pengawal peribadi berkenaan sedang dirawat di sebuah hospital, dalam keadaan stabil.

Polis sebelum ini berusaha mengesan Hafizul Harawi, 38, bagi membantu siasatan kes berkenaan. – Bernama

WOIT

INI KES APA?

AMIN

DARI LAPORAN

MEDIA KITA

BACA MAMAT NI 

ADA ADA REKOD

JENAYAH TAPI

TAK KENA DAKWA

JENG JENG JENG

WAT IS

DE BEKOS ?

KHALAS

Tiada ulasan: