Jumaat, 17 Mei 2024

MAT LEBONG TERPERANGKAP MELEBONG


Umno semakin hilang sabar, Anwar berdepan tekanan baru mengenai masa depan Najib


Umno dipercayai melancarkan gelombang baru kempen membebaskan Najib Razak, dengan penyokong setia bekas perdana menteri itu mengadakan beberapa pertemuan sejak beberapa hari kebelakangan ini dalam usaha memberi tekanan terhadap kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

MalaysiaNow difahamkan menerusi sumber bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor turut bertemu beberapa pemimpin Umno di mana isu membebaskan suaminya dibincangkan.

"Jelas sekali kesabaran semakin berkurangan dalam kem Najib. Itu mesej yang disampaikan," kata seorang pemimpin Umno yang mengaku bertemu Rosmah, bercakap kepada MalaysiaNow dengan syarat namanya tidak disiarkan.

Perkembangan itu berlaku ketika Anwar berdepan pelbagai soalan berhubung kenyataannya baru-baru ini mengenai usaha Najib untuk diletakkan di bawah tahanan rumah bagi menjalani baki hukuman penjaranya.

Sejak itu, pemimpin Umno dan pembangkang menggesa beliau untuk menyatakan secara jelas pendiriannya mengenai perkara itu.

Sebelum ini Anwar berhati-hati mengulas keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara Najib kepada enam tahun dan dendanya kepada RM50 juta.

Anwar juga beberapa kali cuba mengelak kontroversi mengenai kewujudan nota tambahan ditulis bekas Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang mengarahkan Najib menjalani baki hukumannya sebagai tahanan di rumah.

Isu berkenaan nota tambahan itu kini di tangan mahkamah selepas semakan kehakiman Najib untuk mengesahkan kewujudan arahan Agong itu, yang menurut peguam disembunyikan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, Selasa lalu, Anwar buat kali pertama menyatakan pendiriannya terhadap usaha Najib menjalankan hukumannya di rumah.

Menurutnya, sekiranya diminta pandangan, beliau akan menasihatkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk mempertimbangkan permohonan tahanan rumah untuk Najib hanya selepas tamat semua perbicaraan 1MDB bekas perdana menteri itu.

"Sama ada dia patut diberi tahanan rumah, kedudukan kami, pada masa ini, ialah anda perlu melalui proses itu dan biarlah Agong memutuskan," katanya menjawab soalan Bloomberg di Forum Ekonomi Qatar.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan penyokong setia Najib, dengan ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi menuduh perdana menteri cuba melambatkan kebebasan Najib.

"Selepas ini akan ada lagi alasan lain digunakan. Tunggu selesai kes saman 1MDB, kes saman SRC kes tunggakan LHDN RM1.6 bilion dan lain-lain. Biar Najib tunggu PRU 17-18 selesai."

Zaid Ibrahim, bekas menteri undang-undang yang pernah menjadi peguam Najib dalam perbicaraan rasuah SRC International, menasihatkan Anwar berhenti mengulas sama sekali mengenai isu itu.

"Bukankah dia yang berjanji kepada seluruh negara bahawa dia tidak akan terlibat?" katanya kepada MalaysiaNow, sambil menambah Anwar menghantar pelbagai mesej bercanggah satu sama lain.

Zaid sebelum ini menggesa kerajaan memandang serius permohonan Najib itu.

"Ia tidak seharusnya diganggu atau diubah mengikut citarasa dengan ahli politik yang tidak selesa dan bimbang Najib keluar dari penjara."

Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas tujuh pertuduhan berkait penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada Februari lalu, Lembaga Pengampunan menamatkan spekulasi  dengan mengumumkan pengampunan separa, mengurangkan hukuman penjara Najib kepada enam tahun.

Bagaimanapun, Najib memfailkan semakan kehakiman mendakwa wujudnya nota tambahan daripada Sultan Abdullah yang mengarahkan beliau dibenarkan menjalani hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Semakan Najib itu disokong Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang memetik salinan nota tambahan itu daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz.

Bekas pemimpin DAP, P Ramasamy mempersoalkan Anwar kerana "berkata perkara yang berbeza kepada penonton yang berbeza".

"Sekiranya Najib berhak ditahan dalam rumah, Anwar harus berkata demikian. Tidak perlu berdolak dalih dengan mengatakan dia hanya akan menasihati raja jika ditanya dan bahawa Najib perlu menyelesaikan pertuduhan lain sebelum dibenarkan menjadi tahanan rumah," katanya.

Ramai yang melihat pendirian Anwar yang tidak jelas itu sebagai usaha beliau cuba mengimbangi rasa tidak puas hati di kalangan Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP dan sekutu kuatnya Amanah, yang tidak setuju sebarang pengampunan untuk Najib.

Ramasamy berkata penahanan Najib bukan berita baik kepada Zahid, yang mungkin melihat bekas pemimpin itu sebagai ancaman terhadap kepimpinannya dalam Umno.

"Zahid yang sudah selesa dalam kedudukannya mungkin tidak lagi berminat untuk membebaskan Najib. Semuanya tentang survival politiknya sendiri."

Ramasamy yakin Anwar tahu mengenai arahan supaya Najib dibenarkan menjalankan hukuman penjara di rumah.

"Dengan kata-kata seperti dia akan memberikan nasihatnya kepada raja sekiranya ditanya, Anwar kononnya mahu menjadi negarawan, berpura-pura sebagai seorang yang mengatasi politik remeh."

LEBONG KIRI

LEBONG KANAN

KAH KAH KAH

SEKARANG

 TEPERANGKAP

DGN LEBONG

SENDIRI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: