Sabtu, 31 Ogos 2024

AL-FATIHAH


Waris wanita terjatuh di Masjid India terima keputusan penamatan SAR

KUALA LUMPUR – Keluarga wanita warga India yang terjatuh dalam lubang tanah jerlus di Masjid India sudah dimaklumkan tentang penamatan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Msutafa berkata, mereka menerima keputusan tersebut.

Malah, katanya, perkara itu telah dibincang dengan Kedutaan India terlebih dahulu dan mereka memberi penghargaan atas usaha yang dilakukan sejak hari pertama insiden itu,” katanya pada sidang media hari ini.

Katanya, pihaknya akan membantu keluarga mangsa dalam urusan lanjutan visa jika perlu.

“Setakat ini visa mereka sudah disambung sebulan dan kalau ada keperluan tambahan, kita akan bantu,” ujarnya sambal memberitahu kerajaan juga menyediakan kaunseling kepada waris untuk berdepan detik sukar.

Ditanya sama ada kerajaan pertimbang untuk memberi pampasan, Dr Zaliha berkata: “Kita akan bincang”.

Pada 23 Ogos lalu, Vijaya Lakshmi Gali, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden mendapan tanah di Jalan Masjid India.

Kejadian berlaku semasa dia melalui jalan itu untuk ke kuil. 

AL- FATIHAH

SELAMAT

 BERSEMADI

DI JALAN MASJID

INDIA

AMIN


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lubang ini lagi ganas dari kepala air.. jasad hilang terus..

Tanpa Nama berkata...

Orang bukan islam RIP la bodoh