Sabtu, 31 Ogos 2024

LUBANG GUA SELUAR MANA?



Pasar malam Lorang TAR tidak beroperasi esok
KUALA LUMPUR – Operasi Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman akan ditutup sepenuhnya esok bagi tujuan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pelaksanaan kerja-kerja ujian tanah oleh agensi kerajaan dan Indah Water Konsortium (IWK) di kawasan sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India dilakukan bagi mengenal pasti kedudukan dan keselamatan jalan raya sekitar tempat kejadian.

“Penutupan ini adalah perlu untuk memastikan keselamatan peniaga dan orang awam terjamin.

“Kegagalan untuk mematuhi arahan ini akan mengakibatkan
tindakan tegas akan diambil ke atas peniaga,” katanya hari ini.

Sebelum itu DBKL memaklumkan operasi SAR diteruskan dengan pencarian mangsa tanah jerlus oleh Agensi Nuklear Malaysia yang menggunakan kaedah Ground Penetrating Radar (GPR).

Pada masa yang sama, pihak IWK membuat kerja–kerja jetting dan rodding bagi membersihkan halangan dalam saluran paip
kumbahan.

“Keadaan di lokasi pencarian adalah terkawal. Orang awam memberikan kerjasama yang baik dengan tidak memasuki kawasan yang telah dipasang tali keselamatan.

“SAR pada hari kelapan diteruskan dengan pencarian di sebelah malam,” katanya. 

WARGA 

MALAYSIA

SEMUA BERTANYA

AMIN

LUBANG GUA

DIBAWAH 

KAWASAN

MASJID INDIA

SELUAS MANA?

JENG JENG JENG

JALAN TAR

SELAMAT ATAU

TIDAK?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: