Jumaat, 23 Ogos 2024

ZAHID PAKAI TAKTIK SAMA



Umno takkan diam diri kalau PH tentang pembebasan Najib
PAU 2024 | Umno tidak akan berdiam diri jika ada pihak yang cuba menggagalkan usaha mahu pun mematikan niat parti itu untuk terus memperjuangkan pembebasan bekas presidennya, Najib Razak dari penjara.

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin berkata agenda pembebasan bekas perdana menteri itu merupakan penzahiran pendirian parti itu yang tidak akan melupakan jasa pemimpinnya.

“Kalau ada pun yang (pihak) lain mempunyai pandangan dan pendirian berbeza, itu tidak bermakna Umno perlu diam.

“(Agenda pembebasan) Najib itu adalah penzahiran pendirian Umno yang tidak akan lupa akan jasa pemimpin-pemimpin lamanya dan Umno tetap melihat bahawa Datuk Seri Najib telah tidak mendapat keadilan yang sewajarnya.

“Jadi atas sebab itu Umno berpendirian supaya keadilan sebenarnya (perlu) diberikan kepada Datuk Seri Najib,” katanya kepada pemberita selepas mendengar ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Khaled menjawab soalan pemberita yang bertanya apakah usaha pembebasan Najib akan mendapat tentangan daripada parti komponen PH yang bersama dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya DAP.

Tegas Mohamed Khaled, Umno tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam mempertahankan prinsip dan pendirian parti itu.

“Umno perlu terus membawa perkara-perkara yang menjadi pegangan mahu pun keputusan-keputusan kita, samalah seperti bila presiden menyatakan bahawa ada prinsip-prinsip asas Umno yang Umno hanya akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menerima prinsip-prinsip asas pejuangan Umno iaitu mempertahankan agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan raja-raja serta hak istimewa orang Melayu.

“Siapa yang bersedia menerima (prinsip) itu maka dia bolehlah bekerjasama dengan Umno.

“Hal Datuk Seri Najib itu kita punya keputusan sudah tentu terutamanya bagi mana-mana pihak menidakkan Umno bersuara dalam hal yang menjadi keutamaan Umno,” katanya.

Terdahulu, ketika sesi pembentangan oleh Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan usul pengampunan penuh terhadap Najib paling banyak diterima oleh ibu pejabat parti itu sempena PAU2024.

Asyraf berkata 72 daripada 171 bahagian yang telah bermesyuarat mengusulkan perkara itu di ibu pejabat parti.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan dasarnya pagi tadi sekali lagi mengulangi penegasan bahawa pembebasan Najib tetap menjadi agenda parti itu dan ia tidak pernah terhenti.

Tegas Ahmad Zahid, jika ada yang mempersoal pendirian Umno dalam isu pembebasan Najib, pendirian parti tetap teguh.

ZAHID PAKAI

TAKTIK SAMA

KAH KAH KAH

DULU NO DAP

NO ANWAR

KAH KAH KAH

SEKARANG

FREE NAJIB

BEBAS NAJIB

KAH KAH KAH

ANTARA BEBASKAN

NAJIB DAN DNAA

ZAHID PILIH DNAA

KAH KAH KAH

SLOGAN 

BEBASKAN NAJIB

UNTUK TIPU AHLI

GEROMBOLAN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: