Sabtu, 28 September 2024

CACAR BEROK TERKAWAL




Tiada kes baharu mpox, pesakit varian clade II semakin sihat

PUTRAJAYA – Seorang pesakit positif mpox varian clade II yang direkodkan di negara ini semakin sihat, kata Menteri Kesihatan.

Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pesakit tersebut menunjukkan perkembangan positif dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang dalam proses menamatkan tempoh isolasi pesakit.

“Dia sihat dan kita nak tamatkan tempoh isolasi pesakit. Nanti kita (KKM) bagitahu (bila akan tamat tempoh isolasi),” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Kebangsaan, One Hour Malaysia Clean up dan Hari Cuci Malaysia di Perumahan Penjawat Awam, Presint 18, hari ini.

Pada 16 September lalu, KKM memaklumkan terdapat satu kes positif mpox varian clade II di negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, pesakit tersebut merupakan seorang lelaki warganegara tempatan, mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September diikuti ruam yang mula muncul sehari selepas itu.

Katanya, pesakit tiada sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.

Dalam pada itu, Dzulkefly turut berkata, tiada kes baharu positif mpox direkod setakat ini.

Malah kes mpox di negara ini masih terkawal, tambahnya.

“Belum ada kes baharu (Mpox), harap tidak ada. Sehingga kini masih lagi satu kes positif MPox.

“Kita saring 65 suspek dan kita dapat hanya satu kes. CPRC telah memberikan update kepada saya, dan masih terkawal,” katanya lagi. – 

MASIH TERKAWAL

DAN WAJIB

TERUS WASPADA

AMIN

Tiada ulasan: