Sabtu, 28 September 2024

HUJAN HUAN DAN HUJAN


Mangsa banjir di Kubang Pasu, Padang Terap meningkat


ALOR SETAR: Bilangan mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah negeri ini, meningkat kepada 164 orang daripada 58 keluarga, setakat jam 5 petang tadi.

Ia berbanding 74 mangsa banjir (21 keluarga) dilapor ditempatkan di masing-masing sebuah PPS di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap sebelum itu.

Di Kubang Pasu, seramai 121 mangsa (45 keluarga) kini berlindung di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, berbanding 36 orang (10 keluarga) setakat jam 8 pagi selepas dibuka kira-kira jam 11.40 malam tadi.

Beliau berkata, banjir berlaku disebabkan limpahan air Sungai Changlun/Temin dan Sungai Laka di daerah itu.

"Mangsa banjir itu termasuk 34 kanak-kanak dan tiga bayi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Di daerah Padang Terap pula, 43 mangsa banjir (13 keluarga) ditempatkan di PPS Masjid Aisyah Kampung Tanjung, Mukim Padang Terap Kanan, meningkat berbanding 38 orang (11 keluarga) setakat jam 12 tengah hari tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Roshidi Kassim, berkata mereka adalah penduduk dari Kampung Tanjung Kanan yang dilanda banjir kilat pada pagi tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata, paras air sungai dan banjir di kawasan berkenaan dilaporkan semakin surut ketika ini.

Sementara itu, dua PPS di Pendang ditutup hari ini berikutan banjir telah surut sepenuhnya.

KL PUN RIBUT

HUJAN LEBAT

AMIN

PAGI ESOK

PASTI ADA 

BERITA BANJIR

AMIN

TAMAN SERI MUDA

BANJIR LAGI KE?

AMIN

KHALAS 

Tiada ulasan: