Rabu, 16 Oktober 2024

SHAMSUL ISKANDAR PATUT JADI MENTERI


Shamsul patut dibalas setimpal dengan Farhash, kata bekas menteri selepas pendedahan arahan Anwar malam PRU15

Pendedahan bekas ahli Parlimen PKR Shamsul Iskandar Md Akin bahawa beliau diarahkan presiden parti Anwar Ibrahim pada pilihan raya umum lalu supaya tidak menuntut pengiraan semula kertas undi di Bagan Datuk - di mana beliau dilihat mengatasi Ahmad Zahid Hamidi sebelum presiden Umno itu diisytiharkan pemenang dengan majoriti tipis - merupakan dakwaan yang serius, kata bekas menteri Zaid Ibrahim.

Zaid, yang juga pernah menjadi ahli PKR, mempersoalkan sama ada Anwar dan pemimpin lain parti itu akan bangkit mempertahankan Shamsul selepas dia diserang pemimpin Umno, termasuk anak Zahid Nurulhidayah Ahmad Zahid.

"Saya nak tahu siapa dalam PKR yang akan menyokong hak Shamsul mendedahkan perkara ini, atau adakah mereka akan kutuk dia?" kata Zaid dalam rancangan podcastnya.

"PMX mengarah calon parti sendiri tidak meneruskan proses perkiraan semula. Ia mungkin membolehkan calon parti dia menang, tapi dia sanggup berhenti. Itu satu pendedahan yang serius."

Dalam temu bual bersama sebuah podcast baru-baru ini, Shamsul, yang kini setiausaha politik kanan Anwar, menceritakan bagaimana pemimpin PKR itu memanggilnya pada malam pilihan raya dan mengarahkannya tidak menuntut pengiraan semula kertas undi di Bagan Datuk, sambil menyifatkan sebagai pelik apabila proses pengiraan di Bagan Datuk masih belum muktamad sehingga lewat malam.

Ia membawa kepada Zahid diisytiharkan sebagai pemenang dengan hanya 348 undi.

Shamsul berkata beliau ketika itu bersemangat untuk meneruskan perjuangan dan mahu menuntut pengiraan semula kertas undi disebabkan terdapat hampir 800 undi rosak.

Bagaimanapun, Shamsul berkata Anwar tidak mengambil pendirian yang sama.

"Dia (Anwar) telefon, dia kata, 'Okay saya kagum dengan anda punya kerja kuat di Bagan Datuk dan sebagainya. Tapi Sam, kita nak tubuh kerajaan. Zahid telah pun keluar surat tandatangan untuk menubuhkan kerajaan'," kata Shamsul dalam podcast "Apa Cerita".

Shamsul berkata beliau menerima kekalahan tipisnya di Bagan Datuk kerana mahu meletakkan parti mengatasi dirinya.

"Macam saya sebutkan tadi, dalam peperangan tak boleh ada dua general. Arahan jeneral, ikut.

"Mestilah sedih. Kita dah kerja kuat dan beri segala-galanya. Kita mahu meraih kemenangan peribadi kita, betul tak?" tambahnya.

Zahid memainkan peranan penting memastikan Anwar dapat memenuhi cita-citanya menjadi perdana menteri dengan membawa 30 ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong pemimpin PKR itu selepas keputusan tergantung pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu (PRU15).

Shamsul diserang Nurulhidayah, yang menyifatkan kenyataannya "bodoh" dan perbuatan "halusinasi", manakala ahli Majlis Tertinggi Umno, Azalina Othman Said menegurnya kerana mempersoalkan kemenangan Zahid.

"Shamsul seharusnya berjiwa besar dengan menerima keputusan tersebut dan menggunakan saluran Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengemukakan bantahan sebagai gambaran komitmen terhadap integriti dan profesionalisme politik," kata Azalina.

'Mengapa cuma jawatan setpol?'

Zaid berkata jika benar Shamsul melakukan pengorbanan peribadi sedemikian dengan tidak menuntut pengiraan semula yang boleh membawa kepada kemenangannya, Anwar sepatutnya membalas jasa beliau.

Menurutnya, Shamsul berhak mendapat layanan sama dengan bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador, yang dilantik sebagai pengerusi 7-Eleven Malaysia Holdings milik taikun Vincent Tan, di samping saham dan kepentingan dalam beberapa syarikat.

Pelantikan Farhash itu berlaku hanya lima minggu selepas Anwar dilantik perdana menteri menteri.

Zaid mengingatkan, sedangkan Dr Mahathir Mohamad pernah melantik Shamsul sebagai timbalan menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Beliau menyifatkan jawatan setiausaha politik disandang Shamsul kini tidak dianggap hebat di Malaysia.

Beliau turut membandingkan nasib Shamsul dengan Saifuddin Nasution Ismail, yang diberikan jawatan menteri dalam negeri walaupun tewas.

"Kalau saya jadi perdana menteri, saya akan hadiahkan kawan saya (yang) banyak jasa.

"Kalau jawatan (dalam kerajaan) jadi menteri lah sebab dia dulu timbalan menteri.

"Kalau Dr Mahathir sanggup lantik dia (jadi) timbalan menteri, takkanlah presiden PKR sendiri tak nak ambil jadi menteri? Parti dia sendiri. Itu tak betul tu," kata Zaid.

Pendedahan Shamsul itu mengesahkan pelbagai laporan mengenai pakatan sulit antara Anwar dan Zahid lama sebelum PRU15.

Malah dua minggu sebelum PRU15, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainuddin berkata Anwar sengaja meletakkan Shamsul untuk melawan Zahid kerana mahu menamatkan karier Shamsul yang dilihat "orang Azmin", merujuk kepada bekas presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dipecat pada 2020.

Zahid pada Oktober 2020 pernah menghantar surat kepada Istana Negara bagi menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri, dalam usaha menjatuhkan kerajaan Muhyiddin Yassin di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Pada April 2021, rakaman perbualan telefon bocor antara Anwar dan Zahid membongkar pakatan mereka untuk memastikan perwakilan Umno di Perhimpunan Agung Umno waktu itu bersetuju dengan usul memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Ia dilihat bercanggah dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP dalam mana-mana pakatan politik akan datang.

WOIT

BETULAH

SAM YANG BERJASA

PATUT JADI MENTERI

AMIN

DIA BERKORBAN

UNTUK ZAHID BEBAS

DARI 47 TUDUHAN

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: