Selasa, 15 Oktober 2024

SHAMSUL KENA TIBAI OLEH ANAK ZAHID


Kira sekarang ni kau nak kata kau la korban diri untuk bergabung? – Nurulhidayah

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin disifatkan sebagai berhalusinasi berhubung keputusan kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu di Parlimen Bagan Datuk.

Ketua Penerangan UMNO Bagan,  Nurulhidayah Ahmad Zahid turut menyindir Pengerusi Biro Antarabangsa PKR itu sebagai ‘terpaling tahu’.

“Bila seseorang merasakan terpaling tahu dan terpaling hero keluarlah pengakuan halusinasi. Kira sekarang ni kau nak kata kau la korban diri untuk bergabung?” kata Nurulhidayah dalam perkongsian di Instagram.

Terdahulu tular klip video podcast Shamsul Iskandar berkaitan keputusan PRU melibatkan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.

Nurulhidayah yang juga Exco Wanita UMNO berkata, Barisan Nasional dan PKR boleh membuat permohonan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat dakwaan yang dilemparkan Shamsul Iskandar.

“Betul la kadang tu perangai (Ketua Pemuda UMNO) Dr Akmal sound manusia-manusia yang cakap besar dalam gabungan ni. Lepas tu sentap.

“Kalau macam tu Barisan Nasional dan PKR boleh keluarkan surat untuk mohon SPR siasat dan saman kau sebab kenyataan bodoh kau ni,” katanya.

Nurulhidayah turut kesal kerana tidak ada pihak dalam UMNO yang mempertahankan Ahmad Zahid susulan dakwaan yang dibuat oleh Shamsul Iskandar.

Shamsul Iskandar dalam sesi podcast mendakwa beliau diarahkan Presiden PKR untuk tidak mencabar kemenangan tipis lawannya, Ahmad Zahid.

Beliau berkata, dia merasakan sesuatu yang pelik apabila pengiraan kertas undi di Bagan Datuk masih belum muktamad sehingga lewat malam, walaupun jelas beliau bakal menewaskan Ahmad Zahid di kubu kuat presiden UMNO itu.

“Saya dapat panggilan telefon Anwar pada 2.30 pagi,” katanya ketika ditanya kemenangan tipisnya sebanyak 348 majoriti di Bagan Datuk.

“Ketika itu, saya cakap, kita mesti lawan. Kita kena pastikan kita kira betul-betul. Undi rosak pun dekat 800. Macam mana pulak, saya kalah 348 (majoriti). Kita mahu terus lawan.”

Bagaimanapun, Shamsul berkata Anwar tidak mengambil pendirian yang sama.

“Dia (Anwar) telefon, dia kata, ‘Okay saya kagum dengan anda punya kerja kuat di Bagan Datuk dan sebagainya. Tapi Sam, kita nak tubuh kerajaan. Zahid telah pun keluar surat tanda tangan untuk menubuhkan kerajaan’,” kata Shamsul dalam podcast “Apa Cerita”.-

WOIT

JELAS ZAHID

TAK MENANG

DI BAGAN DATUK

KAH KAH KAH

UNDI ROSAK

LEBIH BANYAK DARI

UNDI MENANG

KAH KAH KAH

WOIT

KENAPA BOCOR

SEKARANG ?

JENG JENG JENG

NAK TIBAI ZAHID

DAN ANWAR KE ?

JENG JENG JENG

WAT IS DE BEKOS

PASAI APA?

KAH KAH KAH

PASAI SAIFUDIN

KENA BUANG

ATAU ADA KES

LAIN

JENG JENG JENG

AMIN

Tiada ulasan: