Selasa, 15 Oktober 2024

WAHABI AJARAN SESAT ?


RUU Wilayah Persekutuan: Mufti Perlis ajak Menteri Agama berdialog


KUALA LUMPUR – Mufti Perlis,  Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan media rasmi kerajaan memberi ruang  kepadanya untuk berdialog bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar diadakan secara terbuka untuk membincangkan isu mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan.

Mohd Asri berkata,  Mohd Na’im sepatutnya membawa agenda keluasan dan kesederhanaan selaras engan idea kerajaan Madani.

Namun beliau menyifatkan menteri berkenaan sedang membawa negara ke kancah kafir-mengkafir dan sesat-menyesatkan.

“Soalan kita, apakah Menteri Agama hari ini ingin membawa Malaysia ke zaman Ibn Tumart dengan menjadikan tafsiran Islam yang bersifat sektarian menguasai pentadbiran negara moden ini?

“Apa kata jika media rasmi kerajaan memberi ruang saya berdialog dengan Menteri Agama secara terbuka disaksikan rakyat, tanda beliau berupaya mempertahankan ideanya?” soalnya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu beliau mempersoalkan sama ada Mohd Na’im melaksanakan pemikiran Madani selaras dengan pentadbiran Madani di bawah Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim.

Anwar pada Ahad lalu menyerahkan pertikaian mengenai isu RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan dijawab oleh Menteri Agama.

Ia susulan pertikaian yang dibangkitkan peguam hak asasi, Latheefa Koya baru-baru ini bahawa RUU tersebut didakwa boleh mengurangkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam seperti yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mohd Na’im sebelum ini menjelaskan fatwa yang diwartakan di bawah RUU Mufti itu hanya terpakai kepada orang Islam dan terhad di bawah bidang kuasa negeri.

Ujarnya, RUU tersebut bertujuan menyediakan peruntukan berkaitan mufti, penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin syarak serta hal-hal berkaitan di Wilayah Persekutuan sahaja.

Menurutnya lagi, penggubalan undang-undang seperti itu merupakan ciri-ciri negara berdaulat di mana tiada individu boleh melanggar prinsip Perlembagaan selain menambah bahawa sekatan terhadap kebebasan individu tidak bermaksud hak asasi dilanggar kerana keabsahan hak tersebut ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.- 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

KAH KAH KAH

WAHABI JADI

SESAT

KAH KAH KAH

HANYA AJARAN

MADANI SAJA

YANG TAK SESAT

KAH KAH KAH

SEBENARNYA

SEMUA SESAT

YANG TAK SESAT

YANG MEMILIKI

KUASA

KAH KAH KAH

KUASALAH

YANG UMUM

INI SESAT

ITU SESAT

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: