Hujan lebat di timur, selatan Semenanjung berlarutan hingga akhir bulan ini
KUALA LUMPUR – Luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan sedang berlaku di timur dan selatan Semenanjung dijangka berlanjutan sehingga hujung November ini,
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, analisis terhadap ramalan cuaca terkini menunjukkan kekuatan luruan monsun diramal meningkat pada 27 November hingga 1 Disember 2024.
Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan.
MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengemas kini Amaran Hujan Berterusan sekiranya keadaan cuaca dijangka bertambah buruk.
Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan