New Delhi diselubungi asap toksik
NEW DELHI: Sesi persekolahan di New Delhi hari ini terpaksa diadakan secara dalam talian susulan peningkatan kepulan asap toksik yang melanda negara.
Pencemaran udara itu melepasi 60 kali ganda had maksimum harian bagi bacaan purata kepadatan tahunan (PM) disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pelbagai inisiatif dijalankan oleh kerajaan India sebagai usaha memberi penyelesaian jangka masa pendek namun ia gagal memberikan kesan ketara dalam menangani masalah terbabit.
Asapa toksik itu dikaitkan dengan kematian ribuan bayi pramatang setiap tahun, terutama menjejaskan kesihatan kanak-kanak dan warga emas.
Pencemaran udara itu dicatatkan pada kadar PM2.5 yang mana ia boleh memasuki aliran darah melalui paru-paru – memuncak pada 907 mikrogram per meter padu pada hari ini, menurut pemantau pencemaran IQAir.
Bacaan melebihi 15 dalam tempoh 24 jam sudah dianggap tidak sihat oleh WHO.
Beberapa stesen pemantauan individu merekodkan bacaan lebih tinggi, dengan satu daripadanya mencatat tahap PM2.5 sebanyak 980, iaitu 65 kali ganda had maksimum WHO.
"Mata saya terasa pedih sejak beberapa hari lalu,"
"Pencemaran atau tidak, saya tetap perlu berada di jalanan. Ke mana lagi saya mahu pergi. Kami tiada pilihan untuk kekal di dalam rumah… kehidupan, makanan dan mata pencarian kami semuanya di luar," kata seorang penarik beca, Subodh Kumar. Asap tebal dengan bau yang kuat menyelubungi bandar itu, dengan IQAir menyenaraikan keadaan udara sebagai "berbahaya." Setiap tahun, New Delhi diliputi asap beracun, yang lazimnya dikaitkan dengan pembakaran sisa pertanian oleh petani di wilayah jiran untuk membersihkan ladang mereka, selain asap dari kilang dan kenderaan.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan