Selasa, 19 November 2024

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF ISRAEL


 ANTARA 

IKTIRAF ISRAEL

 DAN SOKONGAN CADANGAN 

DUA NEGARA


1. MALAYSIA tidak pernah iktiraf Israel.

2. Israel memang negara haram.

3. Tetapi jikalau Israel iktiraf Palestin, Palestin akan iktiraf Israel.

4. Arafat bersetuju. Kita juga setuju.

5. Tetapi hingga sekarang, Israel tidak iktiraf Palestin.

6. Hanya iktiraf Palestine Authority (Penguasa Palestin)

7. Sepanjang masa kita iktiraf negara Palestin.

8. Kita terima Duta Palestin.

9. Jangan samakan persetujuan menerima cadangan dua negara dengan pengiktirafan Israel.

10. Israel sebenarnya tidak wujud kerana ditubuh secara haram tanpa plebiscite (pungutan suara) dikalangan penduduk Palestin seperti yang Malaysia adakan di Sarawak, Sabah dan Singapura.

11. Tidak pernah saya “Ia kan” adanya Israel atau haknya untuk kawal keselamatannya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
19 November 2024


Tiada ulasan: