Jumaat, 22 November 2024

BUKAK MULUT MOHONG



Wawancara CNN diambil luar konteks, dipolitikkan – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menempelak pembangkang yang berterusan menyerang dan mempolitikkan isu wawancara beliau bersama agensi media antarabangsa, CNN baru-baru ini yang menyentuh mengenai Israel.

Tegas Perdana Menteri, kenyataannya dalam wawancara itu telah diambil di luar konteks sehingga menunjukkan seolah-olah beliau mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara sah.

Sedangkan, realitinya, kerajaan terdahulu pernah memberi kebenaran kepada pesawat Israel untuk memasuki negara yang tarikh dan masanya ada direkodkan.

“Itu tidak ada pula tanya, tidak ada pula hukum. Kapal perdagangan Israel masuk ke pelabuhan negara sampai 2022, itu realitinya. Tapi sibuk serang saya juga.

“Sebab itu saya tidak faham mengapa perkara ini harus dipolitikkan,” katanya pada sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar (PH-Tambun) menjawab soalan tambahan Dr. Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) berkenaan video wawancara beliau dengan CNN berkenaan isu di Gaza yang tular sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat.

Sementara itu, Anwar mengulangi pendirian Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan Israel sebagai sebuah negara seperti yang didakwa dan dipolitikkan pembangkang susulan wawancara dengan CNN itu.

Malah, kata beliau, pendirian Kerajaan MADANI adalah sama dan tidak pernah berubah seperti sejak dari zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman.

Jelasnya, apa yang disebut beliau ketika wawancara bersama CNN itu adalah jelas iaitu menganggap Israel merupakan sebuah negara de facto seperti mana yang disebut dalam kalangan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Jadi dibedakan di antara pengikriafan de facto yang saya sebut itu, iya…mana-mana negara yang diiktiraf sebagai de facto tidak boleh diserang, jadi sebab itu saya kata, mana-mana negara de facto dia boleh pertahankan diri dia,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Anwar, beliau sendiri di pentas antarabangsa seperti ketika di Riyadh, Arab Saudi, Lima, Peru dan Rio De Janeiro menyerang Israel habis-habisan.

Ia termasuk, katanya, mahu supaya Israel disingkirkan daripada PBB dan menyifatkan rejim Zionis itu sebagai negara barbarik selain terus menggesa kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin mesti dihentikan segera.

“Memang betul saya interviu banyak… dengan CNN, Al-Jazera, Bloomberg, Fortune dan sebagainya.

“Tetapi kalau mahu ambil cebisan itu sehingga terkeluar dari konteks, itu kurang tepat.

“Jadi, kalau pun tidak bersetuju satu dua perkataan, tidak mengapa saya tidak mahu berbalah soal itu tapi tidak benar untuk dikaitkan dan menghina kita dalam keadaan kita berperang dalam isu ini.

“Ini bagi saya bukan isu soal politik biasa, tapi isu ini lahir dari keyakinan kita dan perjuangan selama berpuluh-puluh tahun,” katanya. – 

WOIT

MEMANG 

DIPOLITIKAN

KAH KAH KAH

AMIN

BUKA MULUT

MOHONG

KAH KAH KAH

KONTEK KEPALA

BANA APA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: